Dalam pada itu, perkongsian pelakon Patah Sayang Bertongkat Paruh itu mendapat pujian daripada peminat.
Semuanya gara-gara selepas mereka melihat kemesraan pasangan ini meluangkan masa bersama anak-anak tersayang.
Ads
Fasha yang kini bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Jejai atau nama lengkapnya, Rizal Ashram Ramli pada 2012 sebelum berpisah empat tahun selepas itu.
Ads
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Alahai, semakin mesra dan romatis pasangan penganti baru ini. Makin bertambah manis!
Foto : Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecewa dengan sikap netizen yang suka menghukum dan menilai, Nourul Depp meluahkan rasa apabila apa sahaja yang dimuat naik di laman sosial pasti akan mendapat kecaman.
Ulasnya, bukan tugas manusia untuk menilai dan tidak perlu mengawal apa yang orang lain lakukan.
“Assalamualaikum dan selamat pagi – hanya buat yang positif dan si baik hati.
“Takdak caption panjang2. Kami kecik hati. Sedih dengan yang judgemental. Sedih dengan yang suka hukum orang.
“Qeja tuhan oi nak menghukum orang. Jangan buat qeja tuhan sebab kita manusia saja. Tak maksum pun.
“Jangan kawal hidup orang, andai hidup kita pun tak terkawal. .
“Jangan judge orang, kalau kita tak mau orang lain judge kita .
“Mata hanya mahu melihat apa yang mahu dilihat, telinga hanya mendengar apa yang mahu didengar.
“So dengar dan lihat yang baik2 saja. Kalau takdak yang baik, tu yang suka dok judge orang,” tulisnya.
Malah, dia telah bertindak menyekat akaun sosial netizen yang gemar mengkritik demi memastikan hanya individu yang positif dalam lingkungan hidupnya.
“Sakit pulak hati kami. Dah block dah depa yang dua tiga orang yang lagu tu. Kami tak mau dalam hidup kami ada orang yang judgemental ni.
“Tak kira dekat ka jauh. Family kami yang judgemental pun kami hi hi bye hye ja. Sampai dia sedaq sendiri.
“Kami rasa you all pun lagu tu. Toksah kawan dengan orang yang judgemental. Sat gi kita pun jadi lagu depa.
“Kami tak mau jadi lagu tu sebab kami malu nak buat qeja tuhan sebab kami manusia biasa. Serba kekurangan.
“So kami tak suka orang yang judgemental ni. Sebab kami suka allah yang judge kami. Bukan manusia. Biaq Allah saja yang tahu siapa kami.
Marah ni. Mau sat lagi berletiaq seguni,” tambahnya lagi.
Malah, penyanyi popular ini telah berkongsi tip untuk menghilangkan kemarahan.
“Tips bila geram dna marah kat orang :
“Fokus pada tenaga baik Fokus pada apa yang hari ni kita rasa kita dapat rezeki dari Allah Fokus pada apa yang Allah bagi Fokus pada siapa yang kita dah kenal dan tengah kenal yang baik hati dan positif. Kira berapa ramai. .
“Hargai mereka yang lebih ramai yang baik hati. Bukan seorang dua yang macam hantu raya dok bisik kat telinga dok kata jahat kat kita. . “Hantu raya” ni pun tak banyak . Sorang dua ja. Tapi negatif energy depa tu yang bagi kita down . Agak agak depa mai bisik jahat2, pi azan atau baca al fatihah kat telinga depa ? mati lah depa. .
“Kami bersyukur sangat2, dalam kami geram tu, kani dok sat pikiaq, Allah bagi cahaya dalam kepala ni pikiaq dan fokus pada mereka yang banyak supoort dan baik hati macam follower di sini. Family, saudara mara dan rakan diva dalam #divakurusbynouruldeppkami bertuah!”
Pelakon Faye Kusairi merakamkan rasa lega dan bersyukur apabila ahli keluarganya iaitu adik dan saudaranya dilaporkan selamat daripada menjadi salah sorang mangsa insiden letupan petrokimia di Pengerang, Johor pada pagi Jumaat.
Maklumnya menerusi Instagram beberapa jam lalu, mereka tidak berada di sekitar ketika kejadian.
“Alhamdulillah adik dan saudara saya selamat. Mereka tidak berada di site. Syukur alhamdulillah. Saya harap ahli keluarga kenalan yg lain yg bekerja di Pengerang Johor turut selamat. This is shocking to hear.
“Teringat dulu peristiwa SMDS Bintulu. My dad was working that night at BCOT just next to the plant. Plus my dad’s responsibility was to get everyone safe, so agak lambat dapat tahu keadaan dia. Tapi alhamdulillah.. dia selamat,” tulisnya.
Sementara itu, Faye turut mendoakan kesejahteraan buat ahli keluarga mangsa yang turut terlibat di dalam kejadian berkenaan.
“Agak traumatic bila keadaan macam ni berlaku. Buat keluarga lain yg ada anak atau suami atau saudara atau mana2 pihak yg bekerja disana.
“Saya doakan keselamatan masing2. Semoga Allah lindungi mereka yg mencari rezeki disana,” tulis Faye.
Dipilih sebagai duta bagi sebuah jenama baju raya terkenal, pempengaruh Mdno berharap orang ramai tidak keliru dengan nasihat-nasihat yang sering dikongsikan di media sosial, khususnya berkaitan pengurusan kewangan.