“Nasib Baik Kuku Saja Pecah, Dahi Ada Sikit Berdarah…,” – Percikan Mercun, Ramai Risau Naim Daniel Cedera

Share

Hantaran terkini pelakon dan penyanyi, Naim Daniel menjadi sorotan warganet di media sosial apabila dia mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan kanan dan dahi selepas terkena percikan mercun bola di halaman rumahnya, malam tadi.

Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 25, petik mStar berkata, insiden berlaku susulan tindakannya yang lewat membaling mercun berkenaan.

“Biasalah main mercun bola, lupa buang cepat-cepat dan ia meletup dekat tangan.

“Nasib baik kuku sahaja pecah dan dahi ada sikit berdarah… bertanda,” katanya.

Mengambil iktibar atas apa yang berlaku, Naim meminta ramai supaya berhati-hati semasa bermain mercun bagi mengelakkan kejadian malang seperti itu.

“Jangan main mercun… hati-hati dengan keadaan sekeliling kalau tidak jadi macam saya. Saya pun dah main bunga api sahaja sekarang ini,” ujarnya sambil berseloroh.

Terdahulu, Naim memuat naik beberapa hantaran di Insta Stories sejurus kejadian sambil menunjukkan bahagian badan yang tercedera.

Hantaran berkenaan mendapat reaksi pantas daripada peminat dan rakan artis yang tumpang simpati atas apa yang berlaku.

Malah rata-rata yang risau turut mendoakam agar bintang itu segera pulih.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN