“Nasib Baik Guard Tu Tak Tembak,” – Netizen Terhibur Bila Youtuber, Harvinth Skin Cuba ‘Prank’ Promoter. Viral Sudah!

Share

Kecoh semalam di media sosial apabila video seorang youtuber, Harvinth Skin cuba melakukan sesuatu di luar kebiasaan apabila dia memecut keluar setelah mencuba kasut baru di sebuah kedai berjenama.

Kisahnya, sebelum ini, viral satu video berkisarkan perkara sama di luar negara membuatkan youtuber itu ingin mencubanya.

“I had to give it a try? Yo! @jdsportsmy give this man a raise! I’m sorry I gave you a heart attack my bro @martin_lcf. Do not try this!,tulisnya di kapsyen.

Setakat ini, video tersebut sudah mencecah lebih 200 ribu tontonan di IG.

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang terhibur dengan telatah Harvinth itu.

Turut terhibur dengan video tersebut adalah ketua pegawai eksekutif kedai tersebut apabila dia juga turut meninggalkan komennya di IG Harvinth.

“Stop scaring the staff and I think I need to have a word with my security guard,” tulisnya.

“I’m sorry bro! Please don’t ban me,” balasnya pula.

Pada MH, niat bergurau itu tidak salah asalkan ada batasannya. Takut nanti ada pula terikut-ikut ke perkara yang salah pula. Apa-apapun, MH terhibur juga dengan video itu.

Foto/Instagram: Harvinth Skin

IKLAN