“Nasib Baik Awak Tau Twitter Saya Walaupun Tak Kenal,”- ‘Makan Dalam’ Balas Sarah Suhairi, Bila Disindir Tak Popular

Share

Baru-baru ini tular di laman media sosial Twitter apabila ada seorang individu telah menulis tweet mengenai penyanyi muda, Sarah Suhari.

Individu tersebut telah berkata dia tidak mengenali penyanyi yang bernama Sarah Suhairi selain memberi komen nyanyian penyanyi tersebut.

Tambahan lagi, individu tersebut berkata nyanyian Sarah sangat sumbang dan tidak sedap.

“Morning, siapa @sarah_suhairi ni? Apa punya hal suara sumbang boleh menyanyi,” tulis individu tersebut.

Lantas, kata-kata individu tersebut telah dibalas oleh penyanyi berusia 18 tahun itu.

“Nasib baik awak tau twitter saya walaupun tak kenal,”tulisnya Sarah.

Malah, tweet sinis yang ditulis Sarah juga telah mendapat perhatian daripada peminat kerana berasa kelakar dan terhibur.

Alahai, macam-macam lah netizen ni. Tak sangka boleh tahan kelakar juga Sarah ni. Terhibur habis!

Foto : Instagram Sarah Suhairi

IKLAN