“Nasib Baik 19 Orang,” – Emma Maembong Kongsi Foto Mesra Dengan Keluarga, Macam-Macam Reaksi Netizen

Share

Seperti diketahui, dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, amalan penjarakan sosial dinasihat untuk dipatuhi, khasnya apabila berada di kawasan publik atau bila berinteraksi bersama orang lain.

Selain itu, pihak kerajaan Malaysia ada menetapkan syarat dengan menghadkan tetamu seramai 20 orang pada satu masa ketika menziarah ahli keluarga dan saudara-mara, bergantung kepada ruang kediaman.

Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong ada berkongsi sekeping foto ketika meluangkan masa bersama keluarga menerusi akaun Instagram miliknya.

“I love you family,” tulis pelakon ini ringkas.

Bagaimanapun menerusi ruangan komen, perkongsian bintang drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan ini menjadi perhatian ramai.

Malah ada yang secara berseloroh menyatakan nasib baik individu yang berada dalam gambar seramai 19 orang.

Selain ada juga yang bertanya, pasti ada yang tengah mengira berapa ramai individu yang ada di dalam foto yang dikongsikan.

Apapun, rata-ratanya juga turut memuji kemesraan yang terjalin di antara mereka sekeluarga.

Foto: Instagram Emma Maembong

IKLAN