Demi memenuhi kehendak watak, pelakon popular, Remy Ishak terpaksa menurunkan berat badannya.
Bahkan, selebriti berusia 35 tahun ini mensasarkan untuk mencapai berat sehingga 70 kilogram (kg) dari berat asal 75 kg.
“Walaupun saya sibuk shooting, saya juga sedang merancang untuk projek filem akan datang.
“Dalam filem itu nanti, watak itu memang memerlukan saya untuk kurus.
“Saya target nak turun 2kg lagi untuk dapatkan berat badan itu,” katanya pada Media Hiburan.
Remy mula menjaga soal pemakanannya ketika menjalani penggambaran drama bersiri Do[s]a di Jakarta, lebih sebulan lalu.
“Saya tak makan nasi tapi kalau melibatkan scene fighting saya kena ambil juga sebagai tenaga.
“Saya pernah juga terbabas beberapa kali apatah lagi nasi padang dia lain macam (ketawa), makan pula beramai-ramai, itu yang asyik makan saja.
“Tapi, sekarang saya memang berhati-hati,” katanya.
Pada masa sama, bintang filem Redha ini juga menolak pelbagai tawaran berlakon demi Do[s]a, sejak lima bulan lalu.
“Saya memang jenis yang beri fokus pada satu-satu kerja kerana tak nak menyusahkan orang lain.
“Memang kalau ikutkan dari segi wang ringgit tak berbaloi tapi ia sangat bermakna untuk makanan jiwa.
“Dan saya letakkan benda ni macam satu pintu yang lain darissegi rezeki maksudnya saya berpeluang bekerja orang-orang besar di Indonesia,” katanya.
Do[s]a dibarisi pelakon hebat gabungan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura serta mendapat sentuhan sutradara terbaik Indonesia, Ifa Isfansyah.
Selain Remy, ia turut dibintangi Datuk M. Nasir, Ashraf Sinclair, Reuben Elishama, Maudy Koesnadi, Hannah Al Rashid, Tegar Satrya, Roy, Shenty Feliziana serta Hisyam Hamid.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI