“Nantikan Next Film Abang Guys Alhamdulillah,” – Syamsul Yusof

Share

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus mencipta fenomena tersendiri apabila kini sukses mengutip RM61 juta dalam masa 17 hari tayangan.

Rekod ‘box-office’ berkenaan sekaligus mengatasi kutipan filem antarabangsa yang lain yang kini turut ditayangkan di negara ini.

Meluahkan rasa syukur, pengarahnya Syamsul Yusof menitipkan dedikasi tersebut menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.

“Alhamdulillah filem Mat Kilau berjaya mencipta rekod Rm 61 juta dlm masa 17 hari.

“Mengatasi filem hollywood Star Wars/ The Avengers/ Jurassic World/ Black Panther/ Furious 7/ Spiderman & Transformers dalam carta “All Time International Malaysia Box Office”.

“Terima kasih pd semua penonton & nantikan next filem dari saya InsyaAllah!,” tulisnya.

Sementara itu menerusi Insta Stories, bapa kepada dua cahaya mata ini sekali lagi memberi bayangan mengenai naskhah terbaharunya.

“Terima kasih dari team Mat Kilau. Nantikan next film abg guys. Alhamdulillah,” tulisnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

IKLAN