“Nanti Nak Lalu Raya Pertama Kali…,” – Kekuatan Anak Luar Biasa, Shuib Ulas Lalui Hari Istimewa Tanpa Isteri Di Sisi

Share

Usahawan dan pelawak, Shuib menjelaskan keutamaan Ramadan kali ini adalah terhadap empat cahaya mata.

Suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan program MeleTOP.

“Bulan puasa ini sebenarnya lebih kepada anak-anak. Itu sahaja. Mereka nak makan apa, kita perlu sediakan. Untuk kita tu… apa pun okay, insyaAllah,” katanya.

Ditanya mengenai puasa dan Syawal yang bakal disambut tanpa isteri tersayang di sisi, Shuib reda dan menyifatkan setiap ujian dariNya itu pasti ada hikmahnya.

“Bila benda yang pertama kali, macam susah nak lalui. Mula-mula itu hari, birthday (pertama kali selepas pemergiaan isteri), lepas tu ulang tahun perkahwinan kami.

“Sekarang puasa nanti nak lalu raya… itulah dia. Kena lalu, kena hadap. Kita orang lelaki…ada naik, turun. Lepas tu ada masanya kita rasa diri ini kuat betul. Ada masa kita rasa selemah-lemahnya.

“Rasa tak ada apa, sebab itu kita punya soulmate dan sahabat baik. Tapi itulah bila Allah hantar ujian, Dia akan bantu. Pasti dan pasti. Perkara itu boleh nampak pada anak-anak. Mereka punya kekuatan itu luar biasa,” katanya lagi

Menerusi program sama, Nikki Palikat turut diundang bagi menyampaikan single terbaru, Sudah yang sepatutnya dirakam Siti Sarah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: MeleTOP

IKLAN