“Nanti Ada Netizen Tulis ‘Penting Betul Cerita Ni’. Anak Sesiapapun, Benda Nak Jadi Tetap Jadi,” – Isteri Lan Solo

Share

Isteri kepada Lan Solo, Sheila Razlan ada berkongsi luahan sejurus berita mengenai anak ketiganya, Akid, yang terjatuh selepas bermain ice skating di sebuah pusat membeli-belah sebelum dihempap lelaki warga asing seberat kira-kira 90 kilogram diperkatakan ramai.

Menerusi Facebook petang semalam, ibu kepada empat cahaya mata itu berkongsi rasa mengenai apa yang berlaku terhadap Akid atau nama penuhnya, Muhammad Akid Qassyaff itu.

“Bukan sbb dia anak artis dpt kluar story.
(sbb nanti ada je netizen akan tulis “penting betul berita ni” “boleh turunkan harga minyak ke?” “anak org lain jatuh x kecoh pon!”).

“Anak sesiapa pun.. Kalau bnda nak jadi. Tetap jadi. Terima kasih semua yang membantu kami. Sy doakan keluarga kalian sentiasa dilindungi. Aamin,” tulisnya.

Beberapa hari lalu, kanak-kanak berusia 4 tahun berkenaan dikatakan hanya mampu menangis selepas kejadian berkenaan.

Sheila bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada pihak terlibat kerana membantu sepanjang kesulitan berlaku.

Situasi kejadian turut dikongsikannya menerusi Instagram.

Untuk rekod, Sheila dan Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 34, mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009.

Selain Akid, 4, pasangan itu mempunyai tiga orang lagi cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 7, Nur Amna Qeesyara, 5, dan Nur Amna Quxandra, setahun.

Foto: Instagram Sheila Razlan

IKLAN