Nana Mahazan ‘Tayang’ Foto Bersama Kasut, Miliki Hampir 100 Pasang Koleksi Tumit Tinggi!

Share

Kasut tumit tinggi amat sinonim dengan kaum wanita umpama bagai isi dan kuku.

Pengacara, Nana Mahazan misalnya cukup berminat dengan kasut bertumit dan bakal bercakap mengenainya dalam sebuah program.

Menurut Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan berkata dia kini sudah memiliki hampir 100 pasang koleksi.

Bekas hos Pesona Pengantin itu mula mengumpul koleksi kasut tumit tinggi sedari awal kemunculannya dalam industri hiburan.

“Isnin ni kat Mingguan Wanita ok.. talking abt my obsession with high heels..,” tulisnya.

Di samping itu, perkongsian bekas pelajar program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama itu mendapat perhatian netizen.

Malah, rata-rata netizen berasa kagum dan teruja dengan minat pengacara berusia 36 tahun itu.

Untuk rekod, Nana telah dilahirkan pada 1 Julai 1983 di Muar, Johor.

Foto: Instagram Nana Mahazan

IKLAN