Pengacara, Nana Mahazan ada berkongsi cerita dan mengimbau kenangan bersama peminatnya ketika menyertai program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama.
Nana atau nama penuhnya Nurul Hana Che Mahazan meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang dan kepercayaan untuk menyertai program tersebut, kira-kira 17 tahun lalu.
Kongsi Nana, program tersebut banyak memberi impak terhadap dirinya dan keluarga apabila menerima kritikan yang memlampau daripada netizen.
“AF strory. PART 1 – Ada yg mintak saya cerita masa zaman AF. Saya masuk AF musim pertama pada tahun 2003 masa tu saya 19tahun nak masuk 20.
Ads
“Dah masuk 17tahun dah dari AF smp skang.. Saya bersyukur alhamdulillah atas segala rezeki, kepercayaan, kematangan dan peluang utk masih lagi boleh memberi manfaat pada semua (kalau x semua pun saya tetap bersyukur).
“Di kesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih pada Astro, team production, tenaga pengajar, yg sokong saya, yang caci saya, semua lah yg secara langsung atau tidak yg menjadikan saya, saya.
Ads
“AF di hati.. next nak cerita apa pulak? Zaman Era? Hahahaha.. Sila tgk Part 2 ok..Owh lupa.. masak Udang masak lemak tempoyak #selauknana versi #nanamanusiagigih,” tulisnya.
Tidak dinafikan, penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia telah menjejaskan pendapatan ekonomi di Malaysia.
Dalam pada itu, pelakon Sharifah Sakinah ada memberi kata nasihat bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
Bintang drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu menyarankan agar netizen untuk membeli barangan tempatan dan melancong dalam negara demi meningkatkan ekonomi negara selepas ini andai semuanya kembali pulih.
“Hi guys sambil2 duduk rumah ni kalau ada dah start rindu makanan n holiday kat luar jom kita plan spend money on local je sekarang ni.
“Demi ekonomi negara, setahun ni cuti2 msia je setiap kali ade bajet, shopping pun dekat kedai2 produk dan franchise tempatan.
“Kalau nak jugak barangan branded luar beli melalui peniaga msia. Dah berapa hari dah duduk dalam rumah ni? Takpa kita boleh rancang2 je dulu ni. Hidup Malaysia,” tulisnya.
Menerusi entri terkini IG TV di akaun Instagram milik pengacara Iesya Toh, ibu kepada dua cahaya mata ini ada berkongsi pendapat mengenai golongan tertentu yang seolah-olah ingkar ikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini.
Menerusi satu video, Iesya turut meluahkan kesal dan sedih dengan sikap segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab dan amil mudah terhadap hal berkenaan.
“Hari ini saya nak tunjuk daripada rumah nak pergi ke tempat untuk beli barang dapur sangat dekat okey, sebab apa saya nak buat video ini saya peliklah tengok artis, personaliti tidak kiralah Instafamous sekali pun yang sibuk tunjuk dekat Instagram masing-masing, media sosial keluar dengan anak-anak jumpa keluarga yang lebih daripada 10KM dalam keadaan sekarang.
“Dalam tempoh PKP fasa ketiga ini sangat kritikal untuk negara kita. Bukannya main-main! Tolonglah tunjuk macam itu untuk apa? Untuk provokasi orang untuk keluar? Semua orang pun rindu keluarga.
“Kalau anda tunjuk macam tu untuk apa? Niat apa? Niat nak tunjuk yang anda boleh buat sebab orang lain tak boleh buat, macam tu ke?,” luahnya.
Eisya pada masa sama turut mendedahkan dia mampu untuk berbuat hal sama, bagaimanapun dia lebih rela patuhi arahan demi kebaikan bersama.
“Saya boleh guna saya punya kabel untuk saya keluar untuk saya jumpa mak saya di Rawang, kenapa saya tak buat?
“Sebab saya risau kalau saya buat orang lain pun rasa juga. Kenapalah semua artis macam ni eh? Buat malu Ya Allah Ya Rabbi Ya Rasul.,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Iesya berkata penularan wabak Covid-19 ini harus diambil sebagai satu masalah yang serius dan sarankan semua untuk mematuhi arahan.
Ini kerana, tiada siapa yang boleh ‘terlepas’ dari pandemik berbahaya itu.
“Semua orang tengah terkesan tengah beremosi jadi tolong tak ada sebab untuk kita langgar PKP. Anda siapa? Sekarang ni orang kaya mana pun tak boleh keluar.
“Orang yang kaya gila pun tak boleh terlindung dengan Covid-19. Menteri pun tak boleh ketepikan, hello saya menteri Covid-19 sila pergi, tidak!
“Tiada perkara sebegitu dalam dunia ini. Semua orang terkesan dengan Covid-19, yang nak tunjuk sangat keluar dengan anak-anak tu kenapa? Bila netizen komen anda kecam. Apa benda ni?
“Tengok saya punya rumah tadi dengan sini dah sampai dah pun. Tak ada perlulah nak keluar tanpa sebab, tak perlu! Siapa yang tak risau bertambah pula dengan keadaan Umi saya yang tak sihat?
“Tapi saya tak guna kabel saya untuk saya jumpa mak saya dan saya benci tengok orang-orang taka da tanggungjawab yang pentingkan diri sendiri. Sangat memalukan!,” luah Iesya panjang lebar menerusi video berdurasi lebih dua minit itu.
Usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi rasa apabila membantu satu keluarga daif tempoh hari.
Mengenangkan situasi yang berlaku, ahli perniagaan yang kini muncul menerusi single Cuba Bahagia ini berkongsi akan kesukaran hidup yang dihadapi satu pasangan suami isteri yang turut menjaga anak yang kurang upaya.
Atas sebab itulah, bapa kepada lima cahaya mata ini juga cuba untuk membantu insan yang memerlukan bersempena Ramadan tahun ini.
“Bahagia walapun susah itu yg sy respect. Tuhan sahaja yang tahu betapa kesiannya saya dengan pasangan suami isteri yang mempunyai anak OKU ini yang berumur 75tahun.
“Pasangan ini terpaksa membanting tulang hanya sekadar menjual pucuk-pucuk ubi dan terpaksa berkerja sebagai pengawal keselamatan dengan bergaji RM1,000.
“Tiada rumah duduk di tanah tepi jalan dgn pondok sebesar kemah..nenek ni berasal dari sabah.
“Rumah beliau juga tidak ada bekalan elektrik yang betul dan juga bekalan air yang betul. Toilet pun hanya menggunakan air longkang sahaja dan kehidupan yang teramat susah.
“Disebabkan hari ini saya memberikan sumbangan hasil bisnes sy yg anda sokong selama ini.. berupa wang tunai dan juga produk @as.legacymalaysia dan @dherbsholdingshq . Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.
“InshaALLAH misi saya untuk bukan Ramadhan ini saya ingin membantu lebih 2000 orang yang kurang berkemampuan. AMIN YA RAB,” tulisnya pada entri di Instagram.
Penyanyi Heyda Hafeey tidak terkilan apabila orang ramai lebih mengenali nama kumpulan Senario berbanding dirinya, menerusi lagu malar segar, Zapin Usik Mengusik.