“Namun Bila Pulang Malaysia, Allah Bagi Satu Rasa Yang Lain,” – Jalani Penggambaran Di Tanah Suci, Aprena Manrose Pernah Panjat Doa Kembali Bersama Bekas Suami
Berkesempatan menjalani penggambaran drama Rindu Medina di Tanah Suci, Mekah pada Mac tahun lalu, pelakon Aprena Manrose memanfaatkan peluang tersebut untuk merawat hatinya yang ketika itu baru sahaja bercerai dengan bekas suami, Mohd Afiq Hazman.
Menurut Aprena, keadaan emosinya pada waktu itu secara tidak langsung membantunya menjiwai watak yang sarat dengan permainan emosi.
“Cabaran saya secara peribadi, ketika itu, hubungan saya dengan bekas suami tidak begitu baik. Bila sampai ke Tanah Suci, secara tidak langsung, saya dapat menenangkan diri.
“Pada waku itu, saya baru bercerai dan sedang dalam tempoh iddah. Berlakon pula cerita yang sarat emosi. Jadi, mood ketika berlakon dan di dalam realiti itu sama. Ia memudahkan saya untuk menjiwai watak itu.
“Semoga mereka yang menonton juga dapat sama merasai kesedihan itu. Banyak air mata yang mengalir ketika di dalam dan luar penggambaran,” katanya kepada MH.
Aprena berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran kempen Ramadan dan Raya RTM, baru-baru ini.
Rindu Medina bakal ditayangkan bermula 10 Mac depan di TV1.
Ads
Doa Untuk Kembali Bersama, Namun…
Sementara itu, Aprena yang juga anak kepada penyanyi Iwan Syahman, menjelaskan, tempoh berada di Tanah Suci banyak mengajarnya tentang erti reda dan melepaskan sesuatu yang bukan lagi ditakdirkan untuk dirinya.
Aprena turut menambah, sepanjang tempoh iddah, sebahagian besar doanya adalah agar hubungan mereka dipermudahkan untuk kembali bersama.
“Ketika dalam iddah, kebanyakkan doa saya, kalau boleh, saya nak hubungan kami dipermudahkan untuk kembali bersama. Sudah tentu kita nak cuba perbaiki hubungan itu.
“Tiada pasangan berkahwin yang nak bercerai. Selama 14 tahun bersama, saya tak boleh bayangkan bagaimana hidup saya tanpa suami. Saya mahu kami berjodoh semula.
Ads
“Namun, bila saya pulang ke Malaysia, Allah bagi satu rasa yang lain. Rasanya seperti ‘dia’ bukanlah orangnya. Cukuplah sampai di sini sahaja. Perasaan itu jadi lain. Saya merelakan dan reda sahaja,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, Aprena bersyukur apabila proses penggambaran di Mekah berjalan lancar.
Menurutnya, pengalaman tersebut amat bermakna kerana buat pertama kali dia ke Tanah Suci atas urusan kerja, namun tetap berpeluang menunaikan ibadah.
Ads
“Ia pengalaman menyeronokkan. Inilah pertama kali saya pergi ke Tanah Suci untuk bekerja. Dalam masa sama, saya dapat beribadah juga. Pada hari pertama, kami buat umrah dahulu.
“Kemudian barulah mula bekerja. Perasaannya agak berbeza. Jika sebelum ini, saya pergi ke Tanah Suci, fokus saya memang pada ibadah. Kali ini, kita juga ada tanggungjawab lain. Namun, semuanya berjalan lancar,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Wajah anak sulung selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Muhammad Bilal dikatakan kembali tular di media sosial.
Mengulas perkara tersebut, Neelofa menjelaskan video berkenaan sebenarnya merupakan sebuah konten iklan yang dirakam dua tahun lalu.
Menurut Neelofa, dia sendiri tidak memahami mengapa video tersebut kembali menjadi perbualan ramai sedangkan ia tidak pernah dipadam daripada mana-mana platform media sosial miliknya sejak dimuat naik.
“Itu video dua tahun lepas. Ketika itu Bilal masih kecil lagi. Lagipun, video itu hanya paparkan sipi-sipi sahaja. Kita sedang shoot untuk sebuah iklan kambing perap.
“Saya pun tak tahu kepada video itu viral semula. Video itu memang ada sahaja di akaun Intagram saya. Saya tak pernah padam pun.
“Bila saya tengok video itu kembali viral, saya jadi tertanya-tanya kenapa. Bila isu ini tular, barulah saya tahu sebabnya,” katanya kepada MH.
Neelofa berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran kempen Ramadan Astro yang berlangsung di Astro Bukit Jalil pada Selasa.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai dakwaan yang mendakwa Neelofa kini sudah terbuka untuk berkongsi wajah anak-anaknya di media sosial susulan tersebarnya video yang memaparkan sebahagian wajah Bilal.
Mengulas perkara tersebut, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz ini bagaimanapun menegaskan dirinya masih berpegang teguh dengan pendirian untuk menjaga privasi dan tidak terlalu mendedahkan tentang anak-anaknya kepada umum.
“Sebenarnya saya lebih gembira bila tidak terlalu mendedahkan tentang anak-anak. Ia memberikan ketenangan pada saya. Jadi, orang tak perlu nak komen, banding-bandingkan atau persoalkan cara mereka dibesarkan.
“Saya tak perlu nak dengar pandangan orang di luar sana. Saya akan kekal dengan cara seperti ini sehinggalah mereka besar sedikit. Masa kecil ini, tak perlulah kami tunjuk,” kongsinya lagi.
Tambah Neelofa lagi, meskipun tidak terlalu mendedahkan anak-anak di media sosial, dia menjelaskan kehidupan mereka tetap berjalan seperti kanak-kanak lain apabila berada di luar rumah.
“Jika di luar, kami bagi kebebasan dan tak sorok pun sama ada Abbas atau Bilal. Bila kami keluar, naik kapal terbang, bercuti atau pergi mall, kami juga seperti orang biasa.
“Kalau kita terserempak, anda akan nampaklah mereka. Ada juga yang tak faham situasi kami. Mereka cuba nak ambil gambar tapi kita tegurlah baik-baik. Akhirnya, mereka faham.
“Saya rasa masyarakat pun sudah faham tentang privasi. Walaupun bukan artis, kini ramai ibu bapa yang memilih untuk tidak terlalu dedahkan anak mereka. Saya rasa ini satu perkara yang baik,” ujarnya.
Sementara itu, PU Riz pula memaklumkan dia hanya akan berkongsi perihal anak-anak mereka di media sosial apabila anak-anak sudah bersedia untuk menyampaikan dakwah.
“Kami mungkin akan dedahkan apabila dia sudah mampu menyampaikan dakwah. Tunggulah sehingga dia lancar bercakap. Ada budak yang cepat bercakap.
“Alhamdulillah Bilal sudah boleh bercakap sikit-sikit. Walaupun belum lancar, kita perlahan-lahan dahulu,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah tidak tersinggung apabila isu mengenai status pekerjaan suaminya yang juga pelakon, Ijoy Azhari, tular selepas dia menghadiri sebuah program audio siar, baru-baru ini.
Menurut Shahirah atau lebih mesra disapa Sheira, Ijoy itu memainkan peranan besar dalam hidupnya dan dia tidak merasakan keperluan untuk menjelaskan perkara tersebut kepada orang lain.
“Hos podcast akan suka tanya soalan yang bermain di fikiran netizen dan mencurigakan. Bila hos tanya, saya jawab sahaja. Nak jawab apa lagi? Dia memang menyenangkan hati saya. Sama sahaja seperti manusia lain.
“Dia suami yang sentiasa ada di sisi saya dan dia belum pernah menyakitkan hati sangat. Dia ada menjalankan perniagaan kedai kopi tapi tidaklah terlalu gah.
“Kami sama-sama sibuk menguruskan anak-anak. Ijoy ada peranannya dalam hidup saya. Biarlah malaikat Raqib dan Atid yang mencatit. Saya tiada masa nak buat penjelasan.
“Setiap orang ada baik dan buruknya. Begitu juga saya. Takkan saya cerita yang buruk juga,” katanya kepada MH.
Penyampai radio Sinar itu berkata sedemikian ketika ditemui di kempen Ramadan Astro, baru-baru ini.
Dalam masa sama, Sheira memaklumkan dirinya tidak berasa terjerat dengan pertanyaan yang diajukan oleh hos podcast berkenaan.
“Saya tak rasa terjerat pun. Lagipun, saya sudah lama berkahwin dengan Ijoy. Kalau orang tanya, baru saya jawab. Baru inilah ada orang nak tanya. Itu pun sebab adanya podcast.
“Tiada siapa yang berani cakap ‘laki kau tak kerja’ secara depan-depan. Tahun 2026 ini, apa lagi kerja orang Malaysia, cakap fasal orang sahajalah.
“Tahun 2026 ini, kita memang kena hadap sahaja apa yang terjadi. Ketika ini, segelintir orang hidup sebab fikir dan bercakap tentang orang lain. Bukan kerana Allah SWT lagi,” kongsinya lagi.
Ditanya sama ada isu tersebut mengganggu keharmonian rumah tangganya, Sheira memaklumkan dia dan suami kini lebih memberikan tumpuan terhadap anak-anak.
“Kami tak bergaduh pun. Kami lagi sibuk nak menguruskan Auddra. Perkara ini sangat remeh. Kami sudah lama hidup bersama. Kami kini sedang merangka perancangan buat anak-anak.
“Kami pun sudah tidak lama lagi di atas dunia ini. Waktu saya pun tidak lama lagi,” akhirinya.
Untuk rekod, Sheira mendirikan rumah tangga bersama Ijoy pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu AirelAirra, Audra dan Adeena.
Sebelum itu, Sheira pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali dan memiliki seorang anak perempuan, Tallisya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hujungminggulalu, Astro selakupenerajuHome of Live bekerjasamadengansyarikat telco terkemuka, U Mobile, untuk menganjurkan acara muzikterbesar, Festival ULTRA5G U Mobile: Cara U Sabah, yang berlangsungselamatigahari di Jetty DBKK, Kota Kinabalu, Sabah.
Penganjuran festival inibukansekadarmenampilkan persembahan pentas semata-mata, malahturutdisertakandengan pelbagaiaktivitimenarik yang memperkukuhjenama Astro sebagai“Home of Live Entertainment”melaluipengalaman hiburansecaralangsung, selain program hiburan yang boleh distrim di Astro One dan Sooka.
Berlatarbelakangkankeindahan Jetty Kota Kinabalu yang sinonimsebagailokasitumpuanpelancong, festival initurut menjadi platform untuk Astro mendekatimasyarakattempatan yang sekian lama menyokongkandunganhiburanterbitannya sepertiGegar Vaganza, Big Stage, Talk To My Manager dan banyaklagi.
Sebagaitandapenghargaan, Astro membawakanbarisanbintang yang menjaditunjangkejayaan program-program tersebut, sekaligusmenyajikanpengalamanhiburanbertarafbesar kepadawarga Sabah.
Bagi penyanyi dan komposer, Aisha Retno, penglibatannya dalam Festival ULTRA5G U Mobile: Cara U Sabah disifatkan sebagaisatupeluangistimewa yang sukardilepaskan, lebih-lebihlagiapabiladiberikesempatanberkongsi pentas bersama artis tempatan dan antarabangsa.
Menurut Aisha, diaturutteruja kerana dapatbertemupeminat di Sabah denganlebihdekat.
“Saya sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya membuat persembahan di program bersama U Mobile dan Astro. Sudah lama juga saya tidak kembali ke Kota Kinabalu untuk membuat persembahan.
“Barisan artis yang membuat persembahan pun sangat ‘gila’. Ada juga rakan-rakansayadari Indonesia.
“Selepasbeberapatahunsayamelancarkanlagu, ramai peminat sabahbertanyabilasayaakandatangke negeri mereka. Kali inisayatunaikanpermintaanmereka,” katanyakepada MH.
Persembahan Aisha pada malam Sabtu berjayamenggamatkan suasana Jetty DBKK menerusiaksipenuhbertenagadengan medley lagu Sutera dan Jeda, sambilturutmempromosikan Gempak Most Wanted Awards 2025.
Aisha juga tampil ‘sporting’ apabilamemenuhipermintaan peminatdenganmenyanyikan single terbaharunyabersama Aziz Harun berjudul Kota Ini Tak Sama Tanpamusecara spontan.
Sementaraitu, penyanyi popular asal Sabah, Adira Suhaimi berpendapatbahawasambutanluarbiasawarga Kota Kinabalu pada malam Ahad lalubukanlahsesuatu yang mengejutkan.
Adira berjayamemberikanpersembahanvokal memukau bersama penyanyiNoryn Aziz melaluibeberapalagu duet yang dipersembahkansecara medley sepertiBukan Lagi Kita, SenggolSenggolan Cubit-Cubitan, Merah dan Akhirnya Kini Pasti, yang direkakhasbuatwarga Kota Kinabalu.
Medley tersebutberjayamengajak para pengunjungmenari dan terus memeriahkansuasanamalamitu.
“Alhamdulillah, orang Kota Kinabalu memang sangat happening. Persembahan juga berjalandengan sangat lancar seperti yang dirancang.
“Memangbeginilahsambutan orang Sabah. Kalau ada artis yang datang, merekatetapakanmemberikansokonganluarbiasa tanpamengirasiapa pun artis tersebut.
”Kami yang menyanyiinipun jadilebihbersemangat. Duet bersamaNorynsebenarnya dirancangtaksampaiseminggu, dan Norynbanyakmembantu.
“Bila Norynbagi idea untukberduet, takkanlahsayatidakberi juga. Kami sama-sama beri energi keserasian kami pun kuat,” kongsinya.
Dalam pada itu, Sharul Kamal turut mencuri perhatian menerusi persembahan spektakular dan bertenaga melalui lagu Sifar dan It’s My Life.
Sharul mengakui dia berasa sedikit gemuruh untuk memenuhi ekspektasi peminat di Sabah yang terkenal dengan pengetahuan muzik yang luas.
“Saya sebenarnya agak gemuruh juga. Ini merupakan kali pertama saya buat persembahan di Kota Kinabalu. Saya tahuorang-orang Sabah ini sangat handal dalam bidang muzik.
“Kehidupan mereka juga banyak dipengaruhi dengan muzik. Jadi, kita perlu tunjukkan yang orang semenanjung juga punyai kualiti yang setaraf,” katanya.
Antara momen paling mencuri tumpuan ialah apabila Sharul menghadiahkan jaket yang dipakai ketika persembahan kepada peminat bertuah.
Festival ini turut dimeriahkan dengan persembahan berterusan daripada barisan artis jemputan U Mobile seperti Stacy, Akim, Bella Astillah, Dolla dan Noh Salleh.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan ‘galau’ istimewa daripada dua penyanyi Indonesia, Kaleb J dan Steva Pasaribu.
Festival ULTRA5G U Mobile: Cara U Sabah turut disempurnakan dengan kehadiran barisan artis tempatan seperti K-Clique, Jimmy Palikat, Isobathos, Rey Guntabid, Elica Paujin dan Gretchene.
Secarakeseluruhan, kolaborasi Astro dalamFestival ULTRA5G U Mobile: Cara U Sabahberjayamencipta fenomenanyatersendiri.
Iabukansekadarsebuah acara muzik, tetapisatuperayaanbesar yang menyatukanribuanpeminat dalamlautancahaya, sorakan dan energiluarbiasamelalui gabungan dua jenamabesar.
Sokonganpadu rakyat Sabah yang sporting dan penuh semangat menjadikan festival iniantara yang paling meriah, bertenaga dan sukardilupakandalamkalendarhiburantahunini.
Penganjuranini juga menjadibuktikukuhkredibilitikedua-dua pihaksebagaipenerajuhiburanlangsungberskala mega, sekaligusmencerminkankomitmenuntukmembawa pengalaman bertaraf antarabangsakesetiappelosok negara.
Sabah sekalilagimembuktikanbahawa Negeri Di Bawah Bayu inibukansekadardestinasiindahuntukdilawati, tetapi juga sebuah pentas utama yang suburdenganmuzik, bakat dan aura hiburan yang tiadatandingan.
Semoga akan ada lagi buah tangan daripada Astro dan Festival ULTRA5G U Mobile: Cara Upada masa hadapan!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim tidak menyangka watak Eva yang dibawakannya dalam drama Bila Cinta Menjadi Dosa mampu memberi kesan mendalam kepada penonton.