“Nampak Matang & Elegant,” – Potong Rambut Demi Jiwai Watak, Ini Penampilan Terkini Intan Najuwa!

Share

Terbaru, pelakon Intan Najuwa ada memuat foto terkini dirinya bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.

Mengejutkan, apabila pelakon berusia 22 tahun itu telah memotong rambutnya yang ikal mayang dari paras pinggang hingga ke 

paras bahu.

Intan memaklumkan, dia memotong rambutnya kerana untuk menjiwai watak yang bakal dilakonkan.

“New look for new character  Thank you @nurulhairstation, love my new haircut,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen pada gambar tersebut, rata-rata peminat memuji kecantikan penampilan bintang drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu.

Untuk rekod, Intan telah dilahirkan pada 18 Ogos 1997 di Johor Bahru dan memulakan karier lakonan seawal usia 18 tahun. 

Dalam perkembangan lain, bintang kecil molek ini akan muncul menerusi drama bersiri, Tuan Danial di samping Idris Khan di slot Lestary TV3.

Foto : Instagram Intan Najuwa

IKLAN