“Nampak Makin Handsome Pulak,” – Syamel Kini Makin Susut, Ramai Pula Minta Tips Kurangkan Berat Badan Dalam Tempoh PKP

Share

Baru-baru ini, penyanyi Syamel ada berkongsi sekeping foto terkini dirinya di akaun Instagram miliknya.

Dapat dilihat dari sisi fizikalnya, penyanyi lagu Kau Pun Sama itu kelihatan semakin kurus daripada sebelum ini ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini di fasa ketiga penguatkuasaan.

“Salam Ramadhan ke-2. Sahur okay ke tu ? Jangan ikut kan nafsu,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji keterampilan Syamel yang kelihatan semakin kurus dan kacak.

Malah, peminat turut meminta penyanyi berusia 27 tahun itu berkongsi tips untuk mengurangkan berat badan.

Sekadar informasi, Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodlzy merupakan bintang kelahiran program reality nyanyian Akademi Fantasia 2015.

Foto: Instagram Syamel

IKLAN