Nampak Macam Ada Baby Bump? Ini Jawapan Selamba Elly Mazlein, “Perut Buncit Akibat…”

Share

Artis versatil, Elly Mazlein atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Lina Pom Pom ada berkongsi foto di akaun Instagram miliknya.

Kak Lina yang sebelum ini diundang sebagai rakan hos bersama Nabil Ahmad dalam rancangan MeleTOP, pada Selasa lalu tampal anggun mengenakan persalinan kurung moden.

“Alhamdulillah selesai tugasan @meletop bersama @nabilzira A. W. E. S. O. M. E .. Tq team @MELETOP @nabilzira Tq juga buat @azuredzua sudi sediakn baju letopan utk kakak lina mlm ni.

“Rmi DM kakak lina Tanya psl baju ni.. Apa2 bole ke ig @azuredzualookbook @azuredzualookbook

“Baju mmg LOVETQ juge buat my gorgeous @farahadibahismail byk mmbantu.. Love u @farahadibahismail & Amber Earring dari @ida_hanicomb yg x penah mngecewakn kakak lina.. Tq @ida_hanicomb,” tulisnya.

Malah, susuk fizikal bintang itu yang kelihatan sedikit berisi secara tak langsung juga membuatkan ada netizen yang mulai membuat telahan, membayangkan si tuan badan kini sedang hamil.

Lalu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menjelaskan perutnya kelihatan bunci akibat makan berlebihan.

“Tq smua buat kesayangan sudi to ton kami td.. Pewot moncet akibat mkn byk sedap namateyyyyyyyyy food dari @mastarcatering.official nasi daging Salai Masak Lemak, lamb BBQ, kuih dan sahabat handai memacam beria.

“Buat tersyg .. tq Somi sudi teman adik keja rini .. adeeeee.. adikkk .. love u somi #nasiblakilawooo,” tulisnya lagi.

Sekadar informasi, Kak Lina sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Puteri Sara Sefhia, 3 tahun.

Namun, pasangan ini telah bercerai pada 15 Oktober 2015.

Kini, Kak Lina atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan pada 18 Januari lalu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Elly Mazlein

IKLAN