“Nampak Kemas Potong Rambut, Barulah Handsome,” – Sari Yanti Tunjuk Penampilan Terkini Jep

Share

Pelakon Sari Yanti ada berkongsi foto terkini suaminya, Jep Sepahtu yang tampil dengan stail rambut pendek.

Terdahulu, Jep sinonim dengan stail rambut panjang cecah telinganya.

Menerusi dua lampiran video pendek, perkongsian yang dimuat naik ibu kepada empat cahaya mata itu mendapat reaksi pelbagai peminat.

Rata-ratanya memuji penampilan Jep selain ada yang menyifatkan penampilan terkini itu lebih sesuai dengan statusnya kini.

Sekadar mengimbas, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka sepasang cahaya mata.

Sementara itu menerusi perkahwinan pertama, Sari turut mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Foto: Instagram Sari Yanti

IKLAN