Anak sulung kepada pelakon, Sabri Yunus, iaitu Saidi Sabri bersyukur dan berlapang dada apabila bapanya kembali terbuka untuk mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ardini Angeline Tan.
Sebelum ini, aktor senior berkenaan menduda hampir 16 tahun.
Menurut Saidi, dia dan adik beradik tidak terkejut dengan perkahwinan ini kerana mereka sememangnya sudah akrab sejak dulu.
“Syukur alhamdulillah. Selepas 16 tahun ayah seorang diri, kini sudah ada peneman. Kami adik beradik gembira.
“Ayah dan Auntie Angeline memang sangat baik. Seperti semua tahu, mereka berkenalan sejak sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu lagi.
“Auntie Angeline pun selalu datang rumah sejak kami kecil lagi. Kami tak terkejut pun mereka nak mendirikan rumah tangga. Sebaliknya, kami sangat gembira,” katanya kepada MH.
Saidi berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis resepsi Sabri dan Angeline yang di Rose Hall, Glo Mall Damansara, Selangor, pada Ahad.
Ads
Sementara itu, anak bongsu Sabri, Syazni Sabri pula memaklumkan hubungan bapanya dengan Angeline kembali akrab ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik Covid-19.
“Kami sudah lama kenal dengan Auntie Angeline. Dia pun sudah menganggap kami seperti anak sendiri sejak kami kecil lagi.
“Ayah bagitahu dia berkawan rapat dengan Auntie Angeline sejak PKP. Walaupun dia tak cerita sangat tapi kami boleh nampak. Mereka juga ada keluar bersama.
“Jadi, perasaan diantara kami berlaku secara natural. Kami sudah pun seperti satu keluarga. Tiada pun rasa macam ada yang tak kena,” kongsinya.
Ads
Jelas Syazni lagi, dia dan adik beradik lain kini sedang membiasakan diri untuk memanggil Angeline dengan gelaran ibu.
“Kami daripada kecil sudah terbiasa panggil auntie. Umur kami pun dah dewasa. Jadi, agak kekok untuk ubah.
“Namun, tak bermakna dengan panggilan auntie itu kami tak anggap dia seperti ibu kami sendiri. Kami sudah dilayan seperti anak sendiri sejak kecil,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai sifat yang dapat dilihat pada Angeline selepas mendirikan rumah tangga, anak kedua kepada Sabri, Syamimi Sabri akui mereka amat mengagumi sifat kasih sayang yang ditunjukkan Angeline.
Ads
“Auntie Angeline sangat baik, mengambil berat dan bertanggungjawab. Sikap ambil berat itu bukan dibuat-buat. Dia nampak sangat sayang kepada ayah.
“Itu yang kami anak-beranak rasa sangat bersyukur,” katanya.
Terdahulu, majlis resepsi diantara Sabri dan Angeline telah dianjurkan oleh Rose Hall Events dan Rose Catering Sdn. Bhd.
Rose Katering Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat penuh bumiputera yang kini sedang giat berkembang dalam industri perkahwinan tanahair.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel terkilan dengan sikap segelintir pihak yang membuang dan membiarkan sampah sarap bergelimpangan sewaktu menghadiri konsert band popular antarabangsa, Coldplay pada Selasa.
Menurut Naim, situasi tersebut langsung tidak menggambarkan band Coldplay yang aktif memupuk kesedaran tentang alam sekitar.
“Mahu merajuk Chris tengok keadaan luar stadium kalau macam ni.
“Coldplay ini kalau tak silap adalah band mementingkan penjagaan alam sekitar dan sering membuat konsert jelajah di seluruh dunia.
“Buat malu sahaja,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Sumpah itu menerusi satu hantaran di aplikasi X.
Malah, Naim turut menyifatkan tindakan tersebut hanya akan memberikan imej negatif buat negara di mata dunia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama mengecam tindakan tersebut selain turut berharap agar mentaliti sedemikian dapat diubah.
“Kemudahan nak kelas pertama tapi mentality masih kelas ketiga. Perangai segelintir rakyat Malaysia.
“Orang kita banyak yang tiada kesedaran sivik.
“Kebersihan sebahagian daripada iman. Ia bermula daripada kita sendiri. Sampah sendiri, simpan sendiri dan buang dekat tempat yang betul la.
“Coldplay punya konsert ni dia nak amalkan sustainability tapi kalau yang datang konsert ni pun buang sampah merata-rata begini. Tak jadi lah konsepnya,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Coldplay sebelum ini pernah menyumbang AS$777,000 (RM3.2 juta) bagi jentera memerangkap sampah sungai ‘Interceptor 005’ untuk membersihkan Sungai Klang pada 2021
Malah, Malaysia merupakan negara pertama yang menggunakan jentera berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera, mengesahkan mengenai majlis pertunangannya yang tular sejak dua hari lalu dan ia bukan gimik sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.
Menurut Sera, 31, majlis pertunangannya dengan lelaki berusia 38 tahun itu berlangsung di kediaman keluarga bapa saudaranya, di ibu kota.
“Netizen fikir itu adalah gimik sebab wajah saya tak disolek seperti orang bertunang. Mereka tak tahu, kulit wajah saya sedang ‘breakout’,” katanya, lapor Harian Metro.
Berkongsi mengenai fasa seterusnya, Sera memaklumkan dia dan tunang akan melangsungkan pernikahan tahun depan.
“Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, saya akan berkahwin tahun depan. Saya tak mahu kongsikan tarikh walaupun sudah ada. Namun, yang pasti ia akan berlangsung tahun depan,” katanya.
Sera pada masa sama turut mengharapkan agar bakal suami dapat menerima dia dan keluarganya seadanya.
“Saya harap dia dapat terima anak-anak saya dan keluarga saya. Saya baru beberapa bulan mengenalinya. Anak-anak pun okay dengannya dan dah luangkan masa bersama,” katanya lagi.
Imbas kembali, Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 4.
Perkahwinan mereka bagaimanapun berakhir selepas kedua-duanya bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, 22 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Siti Nordiana menjelaskan mengenai perkongsian yang pernah dilakukannya sebelum ini berkenaan hubungan rapat yang pernah terjalin bersama bekas rakan duetnya, Allahyarham Achik Spin.
Menurut Siti Nordiana atau Nana, dia tidak berniat untuk kembali membuka cerita lama.
Sebaliknya, penyanyi lagu Amaran itu hanya menjawab soalan yang ditanya oleh penyampai radio ketika memenuhi undangan ke konti, baru-baru ini.
“Sebenarnya, ceria tentang arwah Achik tu… sebab ada orang bertanya. Menurut soalan itu, mereka kata betul ke saya pernah bercinta dengan Achik. Tapi, kisah ini bukanlah sesuatu yang baru.
“Sebab saya sendiri pernah kongsinya dalam autobiografi saya yang saya lancarkan sekitar lapan tahun lalu. Cinta monyet je, bukan betul sangat pun,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Nana tidak menafikan arwah merupakan rakan duet yang paling serasi dengannya.
“Bagi saya, jenama Achik dan Nana tu macam sudah sinonim dengan penggemar dan peminat.
“Percubaan duet dengan rakan artis lain bukannya tak berjaya, cuma tidaklah sebanyak rakaman lagu duet dengan arwah Achik.
“Kadang-kala rindu juga (dengan Achik). Sebab saya sempat rakam dua buah album duet dengan arwah. Suara dia tu yang mahal. Merdu ada, lunak pun ada,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...