“Nama Sudah Ada, Cuma Kami Sepakat Untuk Tidak Berkongsi Terlebih Dahulu,” – Datuk Seri Eizlan Yusuf Syukur Isteri Selamat Bersalin ‘Baby Girl’ Hari Pertama Ramadan

Share

Tahniah diucapkan buat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Seri Eizlan Yusof yang menyambut kehadiran Ramadan pertama dengan kehadiran cahaya mata keempat.

Berita gembira itu dikongsi Eizlan melalui video pendek menerusi Instagram miliknya pada Selasa.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Datin Seri Natasha Rosa Boudville, Eizlan berkongsi khabar gembira itu dengan memaklumkan isterinya selamat melahirkan anak perempuan di Hospital UMRA, Shah Alam, kira-kira jam 1 petang.

Memetik Berita Harian, permata hati seberat 2.98 kilogram yang dilahirkan secara pembedahan itu disapa sebagai Baby ZR buat sementara waktu.

“Alhamdulillah, isteri saya melahirkan bayi pada Ramadan pertama. Nama sudah ada sebenarnya, cuma saya dan isteri sepakat untuk tidak berkongsi terlebih dahulu.

“Cukuplah dipanggil Baby ZR,” katanya yang turut menambah, isteri dan bayi yang baru dilahirkan berada dalam keadaan sihat.

Bersyukur dengan rezeki zuriat yang dikurniakan, Eizlan juga teruja kerana tiga anaknya yang lain menerusi perkahwinan pertama juga teruja mahu menjenguk adik mereka.

“Saya bersyukur dikurniakan rezeki, inilah harta dunia akhirat. Terima kasih kepada isteri kerana mengusung kandungan sembilan bulan dan melahirkan cahaya mata, tanda cinta kami.

Sementar itu, perkongsian Eizlan juga turut disambut dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.

Imbas kembali, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2019.

Foto: Instagram Datuk Seri Eizlan Yusuf

IKLAN