Nama Siti Hariesa Turut Diperkata, Bilangan Followers Di Instagram Kini Naik Mendadak!

Share

Nama pelakon, Siti Hariesa mulai menjadi buah mulut ramai selepas tampil di dalam klip ‘trailer’ drama terbaru berjudul Perempuan Itu bersama aktor Zul Atiffin yang menjadi perhatian sejak semalam.

Bakal menemui penonton tidak lama lagi, kandungan klip pendek yang dipilih bagi mempromosikan drama berkenaan telah menyebabkan wargamaya terkejut.

Ramai yang memberikan reaksi pelbagai terhadap perkongsian berkenaan yang sekaligus membuatkan nama pelakon wanita itu turut diberikan tumpuan.

Ternyata, ia memberi impak kepada bintang baru yang dikenali menerusi DFKL 2019 itu apabila jumlah pengikutnya di Instagram dilihat kian bertambah.

Hasil pemerhatian, jumlah pengikutnya di Instagram pelakon berkenaan sekitar lebih 8,000 sahaja.

Kemudian jumlah berkenaan terus meningkat lebih 15,000 pengikut susulan video yang kini tular di media sosial sehingga kini.

Malah, perkongsian terkini daripada Hariesa di Instagram juga menerima ribuan komen.

Meski pun klip tersebut sudah pun dipadamkan Zul, namun ia masih menjadi bualan wargamaya.

Setakat ini, kedua-dua pelakon terlibat juga masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara berkenaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN