Jumaat lalu, mentor usahawan Datuk Wira Dr. Azizan Osman berjaya lulus ijazah kedoktoran (PhD) tempatan pertamanya selepas sesi pembentangan viva voce dengan pembetulan minor bersama institut pengajian tinggi tempatan, Asia e University (AeU).
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. di dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah atas kejayaan berkenaan mewakili seluruh warga kerjanya.
Bagi Radz Mohd., Azizan ialah role model buat RichWorks dan bangsa usahawan bimbingan kami dalam soal kepentingan meningkatkan ilmu sepanjang masa.
“Moga orang ramai terutama bangsa usahawan di luar sana dapat buka mata dan melihat kejayaan ini sebagai inspirasi buat semua.
“Ini merupakan ijazah kedoktoran pertamanya diterima daripada universiti tempatan selain daripada PhD dari luar negara sebelum ini,” katanya. Ia sebagai mengulas hantaran dibuat dalam akaun LinkedIn AeU, hari ini.
Bagaimanapun, kelulusan PhD tersebut akan dimuktamadkan selepas keputusan senat AeU yang dibuat dalam masa terdekat ini.
Ads
Pada April lalu, Azizan bersama Pengerusi Eksekutif RichWorks, Datuk Zafrol Rizal Mat telah lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).
Tambah Radz, penyelidikan yang dibuat beliau mengenai lima faktor yang membuatkan sesebuah syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dapat berkembang dan membina bisnes yang berjaya.
“Apa yang mengkagumkan kami, pembelajaran Azizan tak berhenti di sini kerana beliau juga saat ini sedang mengikuti program di IMD Business School, Switzerland selepas habis mengikut program di Columbia Business School di New York ketika bulan Syawal lalu.
“Ini antara perkara penting ditunjukkan beliau sendiri kepada bangsa usahawan tentang kepentingan ilmu dengan sentiasa upgrade diri kerana cabaran sentiasa ada dan setiap fasa bisnes membawa kepada situasi dan isu berbeza,” jelasnya.
Ads
Sehubungan itu, Radz memberitahu, melalui ilmu dan strategi yang terkini dan ditambah baik dari semasa ke semasa membuatkan RichWorks mampu menyediakan solusi end-to-end bagi permentoran usahawan di bawah Titanium dan Spire untuk melonjakkan bisnes masing-masing.
“RichWorks tidak hanya ‘jual air liur’selama 14 tahun seperti dikata segelintir ‘haters’ di luar sana, sebaliknya datang dengan ‘proven result’.
“Kami telah dan sedang bina usahawan yang berjaya dengan keseluruhan jualan sekitar 300 usahawan Titanium Circle dan Premier kami mencecah RM3.2 bilion pada tahun lalu saja,” ujarnya lagi.
Nama Datuk Wira Dr. Azizan Osman sebelum ini sememangnya sinonim di kalangan para usahawan serta selebriti yang mengembangkan kerjaya menerusi lapangan bisnes.
Ads
Misalnya pada Julai lalu, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini menjadi rakan niaga strategik bersama RichWorks menerusi jenama produk kosmetiknya, SimplySiti khsusus bagi memperkasa pemasaran digital di bawah bimbingan mentor tersebut.
“Bagi bidang hiburan, saya sudah biasa dan ia sudah jadi seperti makanan saya tetapi dalam dunia perniagaan, saya akui masih kurang ilmu dan perlukan bimbingan.
“Selama ini pun saya dibimbing oleh team profesional, tapi saya perlu tahu (belajar) untuk menjadi pemimpin yang bagus.
“Sebagai pengasas produk, sudah tentu saya nak menembusi pasaran antarabangsa. Salah satunya, kita sudah masuk pun Indonesia (tetapi) dalam sibuk melakukan promosi, tiba-tiba dunia diserang COVID-19.
“Alhamdulillah, sekarang sempadan sudah dibuka. Jadi kami sudah merancang untuk membawa kembali jenama produk saya di peringkat yang lebih jauh lagi,” katanya kepada media sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Keserasian ketika berlakon merupakan antara aspek yang paling penting dalam menghidupkan sesebuah naskah.
Kebiasaannya, keserasian ini dapat dibina melalui pengalaman atau pun interaksi sesama pelakon itu sendiri.
Bagaimanapun, bagi pelakon, Zul Ariffin, dia berpendapat soal keserasian ini bukan hanya boleh dipupuk menerusi adegan-adegan intim atau bersentuhan sahaja tetapi banyak lagi aspek lain yang boleh diambil kira.
“Sebelum ini saya sering berlakon babak bersentuhan dengan gandingan saya. Bagaimanapun, perkara tersebut tak menjanjikan apa-apa. Nak bina keserasian bukan setakat pada babak bersentuhan.
“Saya seorang pelakon dan saya akan menyesuaikan diri. Perkara paling utama, saya memang akan menghormati setiap prinsip gandingan saya. Apa yang membuatkan dia selesa dan juga sebaliknya.
“Lain orang lain caranya. Cara bergurau juga berbeza. Kami tidak diberikan masa untuk mencari keserasian. Segalanya bermula di set. Pada saya respek adalah perkara yang patut didahulukan,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya gandingannya itu tidak mahu untuk melakukan babak-babak yang melibatkan sentuhan.
“Mungkin ramai yang sangka saya ni memang suka melakonkan babak mesra atau bersentuhan tapi sebenarnya saya tidak pernah melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
“Segalanya bermula dengan rasa hormat. Kalau saya rasa perkara itu tak penting saya tak akan buat. Sekiranya gandingan saya tidak mahu babak bersentuhan saya okay je. Ia bukan satu masalah,” jelasnya lagi.
Zul berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon drama Love, Elsa ini turut berharap agar masyarakat dapat mengubah persepsi mereka terhadap pelakon yang melakonkan babak mesra atau bersentuhan ini.
“Jika sebelum ini saya ada melakonkan babak dukung heroin saya, apa yang membuatkan anda terfikir yang saya suka. Saya sendiri tak faham. Saya hanya mahu selesaikan babak tersebut secepat mungkin.
“Saya seorang pelakon, itu dah menjadi tugas saya. Kalau gandingan saya tak selesa kita boleh bincang dengan pengarah. Saya tahu perkara seperi ini agak sensitif untuk diperkatakan,” ujarnya lagi.
Sumber Foto: Instagram Zul Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ellie Suriati kecewa dengan tindakan usahawan Datuk Noora Kay yang didakwa memutuskan hubungan dengan bekas suaminya, Azri Iskandar meskipun persiapan majlis perkahwinan sudah pun dibuat.
Memetik laporan Kosmo Online, Ellie memaklumkan Azri sebenarnya terpaksa menangguhkan tarikh majlis disebabkan jadual kerja yang agak padat.
“Mewakili pihak lelaki kami minta tangguh kerana tidak mahu buat majlis dalam keadaan tergesa-gesa.
“Keluarga juga menasihatkan agar majlis perkahwinan dibuat dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru kerana menganggap perkahwinan itu satu detik yang sangat bermakna.
“Pada saya Datuk Noora Kay tidak sabar dan mahu semua perbincangan ikut kehendak dia termasuk dalam semua perbincangan. Pada saya itu bukan orang matang dalam perbincangan,” katanya seperti yang dipetik.
Pelakon filem Memoir Seorang Guru itu turut mengatakan keputusan untuk mengakhiri hubungan dengan Azri juga dibuat oleh Noora sendiri.
“Hanya kerana berpangkat Datuk, semua kena ikut telunjuk. Jangan cakap tidak serasi, tapi kata tiada jodoh,” katanya.
Dalam pada itu, Ellie turut memohon jada baik semua pihak untuk tidak mengaitkan dirinya dan meminta untuk berbaik semula dengan Azri.
Katanya, perkara tersebut mustahil kerana sudah menganggap Azri sebagai saudaranya sendiri.
“Pada saya netizen suka begitu. Kami berpisah dalam keadaan baik dan saya sendiri sudah anggap Azri seperti saudara sendiri.
“Kami sudah menjalani kehidupan berumah tangga selama 19 tahun, jadi tolong beri kami ruang.
“Tidak semestinya perceraian itu membuatkan kita perlu bermusuhan dan bergaduh,” katanya.
Sebelum ini, Noora mengatakan hubungannya dengan Azri tidak kesampaian apabila percintaan mereka berakhir sekitar penghujung Mei lalu.
Noora mengatakan punca perpisahan itu disebabkan dia dan Azri tidak mempunyai keserasian sebaai pasangan hidup untuk bergelar suami isteri.
Untuk rekod, Azri dan Ellie bercerai talak satu pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun hidup bersama.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azrell Omar dan Nur Azreen tahun.
Noora merupakan seorang ahli perniagaan dan berstatus ibu tunggal dengan dua cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Kosmo Online & Instagram Ellie Suriaty
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Idzham Ismail akhirnya menjawab persoalan ramai mengenai mengapa dia membahasakan dirinya ‘I’ dan ‘You’ menerusi drama Hatinya Sedingin Salju meski pun wataknya berperanan sebagai rakan baik kepada pelakon, Hisyam Hamid yang juga merupakan peneraju utama drama tersebut.
Menurut Idzham, terma yang digunakan itu bukanlah sesuatu yang janggal malah ia juga sebenarnya sering kali digunakan oleh kebanyakan masyarakat masa kini.
“Since ramai tanya kenapa Huzair dengan Arman bahasakan diri guna I U . Okay sebenarnya bahasa ni dah ramai guna dikalangan orang, cuma ada diantara kita belum jumpa orang guna lagi. Tak salahkan pon dan sebab dengan soalan yang banyak saya akan terangkan.
“Huzair kenal Arman sebab Huzair kerja dekat company Dato. Arman adalah big boss untuk company tu. Ikut logiknya , Huzair bukan kawan Arman pada asalnya, so penggunaan I U tu dari awal , jadi lama kelamaan, Huzair dengan Arman jadi kawan,” tulisnya.
Penjelasan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada dua orang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Pada masa sama, Idzham turut memaklumkan dia sebenarnya ingin menunjukkan nilai-nilai hormat antara karyawan bersama pihak majikan meskipun hubungan mereka sangat akrab sama ada di dalam mahu pun di luar pejabat.
Katanya lagi, dia juga sudah membuat persiapan rapi sebelum memasuki ke set pengambaran.
“Walaupon dah berkawan, still kena ada terms yang menunjukkan respect kepada Arman didepan staff, dan secara tak langsung , dibawa ke luar even bukan formal event sekalipon.
“Simple je sebab saya buat study sebelum shoot cerita ni, dan inilah konklusi saya sendiri based on the character itself,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangn komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut menyifatkan isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan dari awal lagi.
“Nice, saya suka bahasa yang digunakan Arman dan Huzair.
“Thank you for tue explanation. Okay petang ni nak sambung tengok.
“Maybe you’re the next hero. Suka sangat lakonan you. Sangat natural.
“Mantap I tahu you study character,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, drama, Hatinya Sedingin Salju boleh ditonton pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam di slot Akasia, TV3.
Selain Idzham dan Hisyam, drama ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat lain antaranya Aprena Menrose, Zila Bakarin, Hafeez Mikail dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Idzham Ismail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan laporan polis membabitkan pelakon popular, Lee Ji-hoon, selepas isterinya mendakwa dirinya dipukul dalam satu pertengkaran di kediaman mereka...