“Nama Saya Ialah Nur Fatima Aisya Abdul Fattah,” – Genap Seminggu, FattZura Dedah Figura Anak Comel Mereka

Share

Selamat bersalin Jumaat lalu, pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Fazura akhirnya berkongsi foto bayi perempuan mereka.

Perkongsian tersebut dimuat naik dua bintang ini menerusi Insta Stories genap seminggu kelahiran.

Video pendek Fazura bersama puteri sulungnya itu turut dikongsikan menerusi akaun @fattzuralovelife.

Sambil mendedahkan nama anak, pasangan ini turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

“Assalamualaikum. Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2020.

“Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.

“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih!

“Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia! MasyaAllah.. Love, Fatima. XoXo,” tulis kapsyen pada posting berkenaan.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton hampir 50,000 selepas kira-kira sejam ia dimuat naik.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

IKLAN