“Nama Saya Ali Idrees Muhammad Radzi, Panggil Baby Ali…,” – Genap Seminggu Kelahiran, Izreen Azminda Kongsi Nama Anak

Share

Selepas genap seminggu kelahiran zuriat ketiga, pelakon Izreen Azminda mendedahkan nama puteranya itu bersama peminat.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Izreen memaklumkan anak lelakinya itu diberi nama Ali Idrees Muhammad Radzi.

“Hai untie2 uncle2 semua, nama saya “ALI IDREES BIN MUHAMMAD RADZI” panggil Baby ALI aje okay.

“21/9/21 9.06am 2.87kg, (selama ni yg besar tu mama.. ALI kecik aje set tilam yg super cute n empuk habis ni dari @tinypalms @tinypalms @tinypalms tq ummi layan iols yg mcm2 permintaan ni,” tulisnya.

Terdahulu, pelakon berusia 33 tahun ini telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga seberat 2.87kg pada jam 9.06 pagi 21 September yang lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Sekadar informasi, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini mencecah usia 2 tahun.

Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza pada 2012 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan tersebut, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhamad Adrian Umar, 5

Foto: Instagram Izreen Azminda

IKLAN