“Nama Pun Tak Fikir Lagi,” – Nad Zainal Timang Cahaya Mata Kedua, Bakal Dedah Jantina Anak 7 Hari Lepas Bersalin

Share

Pelakon, Nad Zainal berkongsi khabar gembila apabila memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut laporan Mstar, bayi seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal lebih kurang pada jam 2.50 petang.

“Alhamdulillah proses kelahiran berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya seperti yang dipetik.

Bagaimanapun, pelakon drama, Takdir Yang Tertulis ini berharap agar semua pihak dalam memberikanya sedikit waktu sebelum dia mendedahkan jantina dan nama anaknya itu.

“InsyaAllah jantina anak akan dimaklumkan pada hari ketujuh kelahiran.

“Nama pun tak fikir lagi. Terima kasih atas ucapan dan doa semua ya,” katanya lagi.

Menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram, Nad meluahkan rasa syukur ke hadrad Illahi kerana segala urusannya sewaktu melahirkan telah dipermudahkan.

“30.03.2021. ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ,” tulisnya.

Malah, sebelum itu pula, Nad turut berkongsi sebuah video memaparkan suaminya sedang memangku bayi berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berkongsi rasa teruja selain turut tidak sabar untuk menyaksikan wajah bayi tersebut.

Terdahulu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Muhammad Falid Amiruddin pada tanggal 18 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata sulung yang bernana Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Mstar & Instagram Nad Zainal

IKLAN