“Nama Pun First Time, Aku Rasa Akak Ni Liverpool,” – Dituduh Berlagak Sebab Tonton Game Bola Sepak Di Luar Negara, Respon Aeril Zafril Bikin Ramai Berdekah

Share

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel menafikan dakwaan yang mendakwa dirinya seperti berlagak dan ingin menunjuk-nunjuk selepas berkongsi video sewaktu menonton perlawanan bola sepak di antara dua gergasi Inggeris Manchester United menentang Liverpool di Stadium Old Trafford, United Kingdom pada Selasa.

Individu tersebut mempersoalkan mengapa Aeril hanya berkongsi video sewaktu menonton perlawanan bola sepak di luar negara dan tidak melakukan hal yang sama ketika di Malaysia.

“Kalau masuk stadium dekat Malaysia, takde pun tunjuk video. Asal masuk stadium luar negara rajin pula buat video ye. Nampak sangat nak menunjuk. Benda mampu. Sini pun best juga,” tulisnya seorang individu di ruangan komen.

Lalu, Aeril menjelaskan ini merupakan pengalaman kali pertama dia menonton perlawanan bola sepak secara langsung di stadium utama seumur hidupnya.

Katanya lagi, dia juga tidak pernah memasuki mana-mana stadium sebelum ini meskipun untuk menonton perlawanan bola sepak tempatan.

Pada masa sama, suami kepada pelakon, Wawa Zainal ini juga sempat berseloroh dengan mengatakan individu tersebut bersifat dingin kerana dia merupakan peminat pasukan Liverpool yang tewas pada perlawanan tersebut.

“Nama pun first time masuk stadium kak. Nak record macam mana? Susah juga. Kalau semua yang kita upload orang ingat asyik nak menunjuk je, aku syak akak ni liverpool,” selorohnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi tersebut selain turut menasihati Aeril supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif itu.

“Bialah bila dah kalah semua benda tak kena.

“Abaikan je haters tu bang. Dia pun bukam perfect sangat nak menilai orang.

“Dia tak faham momen.

“Biarlah nak record ke apa sekalipun. Minat masing-masing.

“Tak pernah tak lawak la mamat ni,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Semalam, Aeril berkongsi sebuah video yang memaparkan momen-momennya sepanjang menonton perlawanan bola sepak di Manchester bersama pelakon yang juga suami kepada aktres, Mawar Rashid iaitu Raff Yaakob.

Aeril juga sempat merakamkan sesi pemanas badan di tepi padang yang turut mengaksikan kelibat pemain bola sepak popular dunia, Cristiano Ronaldo.

Pada perla tersebut, pasukan Manchester United telah berjaya menewaskan Liverpool dengan jaringan 2-1.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aeril Zafril

IKLAN