Nama Kian Dikenali, Halim Radzi Tak Sorok Status Dah Bertunang – “Kami Dalam Perbincangan Tetapkan Tarikh Kahwin.”

Share

Walaupun namanya sedang meniti populariti sejak membintangi drama bersiri Jangan Menangis Cinta, pelakon Halim Radzi tidak sesekali menyembunyikan status dirinya yang kini sudah bergelar tunangan kepada pelakon cantik, Sharifah Husna.

Malah, Halim, 26, turut mengatakan dia dan tunang sudah mempunyai perancangan untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

“Kami ada perancangan untuk ke arah itu (kahwin) kalau ada rezeki, InsyaAllah. Nak kata tahun ini ke, tengok dulu macam mana sebab keputusan ini terletak pada kedua-dua belah pihak.

“Lagipun kami berdua masih dalam perbincangan untuk menetapkan tarikh yang sesuai,” katanya kepada Media Hiburan.

Mula berkenalan sejak tiga tahun lalu, Halim berkata keserasian wujud di antara mereka selepas digandingkan dalam sebuah drama yang menjadi titik tolak kepada kisah cinta tersebut.

“Pada awalnya, saya mula berlakon drama dengan Husna, masa itu dia jadi heroin dan saya jadi pelakon pembantu. Masa tu lah detik perkenalan bermula dan kami berkawan.

“Kemudian kami berdua dapat berlakon satu drama yang saya dan dia mendapat watak hero dan heroin.

“Dari situ kami jadi lebih rapat dan Alhamdulillah dah masuk dua tahun mengenali hati budi,” katanya lagi.

Selain Halim, Jangan Menangis Cinta yang diterajui Amyra Rosli dan Remy Ishak turut dibintangi oleh Rita Nadira, Khaty Azian, Atilia Haron dan Idzham Ismail.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Halim Radzi

IKLAN