Ads

“Nama Besar Tak Semestinya Kelakar,” – Nanas, Roda & Kimbab Jadi Favourite Ke Final MLS5? Zizan Razak Anggap Peluang Masih Terbuka

Saingan Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5) semakin hampir ke kemuncaknya apabila slot ke pentas akhir bakal diketahui, Sabtu ini.

Menjelang saingan separuh akhir, peminat mulai membuat ramalan kumpulan manakah yang ada potensi besar untuk melangkah ke pentas paling berprestij dalam dunia komedi muzikal negara.

MLS5 musim ini tampil lebih agresif dengan tema ‘Clash of Empire’, yang bukan sahaja menuntut lawak spontan serta punchline tajam, malah memerlukan kreativiti dalam elemen muzik, lakonan dan visual pentas berinspirasikan empayar global.

“Nama Besar Tak Semestinya Kelakar,” – Nanas, Roda & Kimbab Jadi Favourite Ke Final MLS5? Zizan Razak Anggap Peluang Masih Terbuka

“Nama Besar Tak Semestinya Kelakar,” – Nanas, Roda & Kimbab Jadi Favourite Ke Final MLS5? Zizan Razak Anggap Peluang Masih TerbukaDalam cabaran sebesar ini, hanya yang benar-benar konsisten mampu lolos ke final, seterusnya merebut gelaran juara!

Pelawak popular, Zizan Razak yang juga juri tetap MLS5 berpendapat, prestasi keseluruhan kumpulan masih sukar dijangka dan peluang ke final masih terbuka untuk semua.

“Nama Besar Tak Semestinya Kelakar,” – Nanas, Roda & Kimbab Jadi Favourite Ke Final MLS5? Zizan Razak Anggap Peluang Masih Terbuka

“Ada kumpulan yang kita jangka akan kelakar tapi tidak menjadi. Begitu juga sebaliknya. Setiap kumpulan ini bangkit di waktu yang berbeza.

“Kebangkitan inilah yang saya nak lihat. Tak kiralah daripada kumpulan mana pun. MLS telah membuktikan tak semestinya kumpulan yang punyai nama besar, mereka akan kelakar.

“Yang tiada nama pun boleh jadi kelakar ‘kaw-kaw’. Segalanya bergantung kepada usaha, strategi dan idea masing-masing,” katanya kepada MH.

Ads

Zizan menambah, ada juga beberapa kumpulan yang masih bergelut mencari idea dan sebagai juri, dia turut bertanggungjawab membimbing mereka agar dapat memberikan persembahan terbaik.

“Nama Besar Tak Semestinya Kelakar,” – Nanas, Roda & Kimbab Jadi Favourite Ke Final MLS5? Zizan Razak Anggap Peluang Masih Terbuka

“Saya tiada kumpulan ‘favourite’. Yang kelakar itulah favourite saya. Kumpulan yang tidak kelakar pula akan menjadi tanggungjawab saya untuk buat mereka bangkit.

“Saya bukan bagi idea dari segi konten tapi lebih kepada cara mereka membuka minda untuk mencari idea.

“Sesiapa sahaja boleh bagi idea tapi jika mereka tak boleh bawa, tidak akan menjadi juga. Tapi kalau kita bagitahu cara nak cari dan kembangkan idea, mereka akan faham skill komedi itu,” ujarnya lagi.

Nanas, Roda & Kimbab Tampil Menyerlah

Bagaimanapun menerusi penilaian Zizan, kumpulan Nanas dan Roda dilihat paling konsisten sepanjang musim ini, namun mereka tetap tidak boleh selesa kerana kumpulan lain semakin agresif mencelah ke saat-saat akhir.

Ads

“Nama Besar Tak Semestinya Kelakar,” – Nanas, Roda & Kimbab Jadi Favourite Ke Final MLS5? Zizan Razak Anggap Peluang Masih Terbuka“Nama Besar Tak Semestinya Kelakar,” – Nanas, Roda & Kimbab Jadi Favourite Ke Final MLS5? Zizan Razak Anggap Peluang Masih TerbukaBuat masa ini, kumpulan yang konsisten adalah Nanas dan Roda. Kumpulan yang sedang mengejar dan mampu beri saingan adalah Kimbab.

“Nama Besar Tak Semestinya Kelakar,” – Nanas, Roda & Kimbab Jadi Favourite Ke Final MLS5? Zizan Razak Anggap Peluang Masih Terbuka

“Kumpulan Lompat pula memang cepat belajar. Yang lain bukannya tak bagus tapi mereka hanya kekal di tahap yang sama. Dinamik mereka masih tak nampak lagi.

“Ada yang prestasi mereka naik tapi nanti turun semula. Kumpulan-kumpulan yang saya sebut tadi prestasi mereka memang melompat sampai ke siling,” kongsinya.

Prestasi Kumpulan

Dalam pada itu, Kumpulan Roda dilihat sebagai antara yang paling stabil musim ini, dipacu oleh kekuatan nama besar seperti Naqiu, Sharif dan Fad, dengan persembahan seimbang setiap minggu dengan punchline yang kena, susunan muzik kemas dan jalan cerita menarik.

“Nama Besar Tak Semestinya Kelakar,” – Nanas, Roda & Kimbab Jadi Favourite Ke Final MLS5? Zizan Razak Anggap Peluang Masih Terbuka

Ads

Sementara itu, pelawak Achey memimpin kumpulan Nanas, bersama barisan pelawak baharu seperti Namie dan Shashic.

“Nama Besar Tak Semestinya Kelakar,” – Nanas, Roda & Kimbab Jadi Favourite Ke Final MLS5? Zizan Razak Anggap Peluang Masih Terbuka

Pengalaman luas Achey sudah tentu menjadi senjata menjadikan Nanas antara pencabar utama.

Di sisi lain pula, kumpulan Kimbab yang dianggotai Zulin, Maryam dan Nasz Sally juga menampilkan warna berbeza.

“Nama Besar Tak Semestinya Kelakar,” – Nanas, Roda & Kimbab Jadi Favourite Ke Final MLS5? Zizan Razak Anggap Peluang Masih Terbuka

Walaupun tidak kuat secara teknikal, namun mereka memikat hati ramai melalui personaliti, adaptasi tema kreatif dan komedi ringan namun tetap menghiburkan.

Adakah Nanas, Roda dan Kimbab akan terus kekal sebagai favourite, atau bakal dipintas oleh kejutan dari kumpulan lain pada saat akhir?

Jangan terlepas menyaksikan saingan separuh akhir Muzikal Lawak Supertar 5 secara langsung pada Sabtu ini, jam 9 malam di Astro Prima, Astro One dan sooka.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.