“Nak Upload Selalu Result, Tapi Riak La Pula,”- Hebat Pencapaian Adik Anzalna Nasir, Nazirah Nasir Dapat 4.00 Flat!

Share

Beauty with brain! Itulah ayat paling wajar buat adik pelakon, Anzalna Nasir iaitu Nazirah Nasir di atas pencapaiannya, baru-baru ini.

Kisahnya, Anzalna berkongsi keputusan peperiksaan adiknya itu dan kelihatan dia berjaya mendapat 4.00 flat.

“Regardless of how pretty or rich you are, education is very important.

“My parents tak pernah paksa us sisters to study hard, it all comes from within and Alhamdulillah you nailed it again @nazirahnasir97

“Kalau boleh nak upload selalu results dia tapi riak la pulak!

“Hahahahahah bukan apa, at least korang boleh dm @nazirahnasir97 minta share tips belajar walaupun dia tak sehebat i! Nak jugaaaaa!!,” tulisnya.

Sebagai seorang kakak, mestilah Anzalna bangga dengan pencapaian cemerlang adik-adiknya kan?

Sebelum ini, Anzalna juga rajin berkongsi keputusan cemerlang adik-adiknya, Afifah dan Nazirah di laman Instagramnya.

Ternyata, hebat-hebat belaka keputusan adik-beradik ini. Apa-apapun, tahniah!

Foto/Instagram: Anzalna Nasir

IKLAN