“Nak Ucapkan Selamat Jalan Dekat Qayyum,” – Hati Seorang Ibu, DS Shahida Tak Pernah Putus Kongsi Fasal Yom

Share
Umum pasti sudah mengetahui hari ini merupakan hari paling sedih buat pasangan ushawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida kerana menyerahkan kembali anak angkat mereka, Qayyum kepada keluarga kandungnya.
Malah, sebelum ini Shahida juga turut menitipkan sesuatu buat kanak-kanak berkenaan menerusi posting terdahulu menerusi Instagram.
Terkini, Shahida ada mengabadikan sekeping foto bersama ahli keluarga dan pekerjanya yang selama ini merupakan penjaga kepada Qayyum sejak dilahirkan.
“Tq semua…. ni orang kuat yg dah tgk qayyum dari dalam perut,lahir sampai hari ni….semua datang nak ucapkan selamat jalan dekat Qayyum.
“Tq semua?? sebab selalu jaga dan tgk qayyum utk saya,” tulisnya.
Malah menerusi Insta Stories, Shahida turut berkongsi beberapa posting momennya bersama Qayyum.
Perkongsian dari Shahida itu turut menerima reaksi perlbagai netizen.
Foto: Instagram Datin Seri Shahida
IKLAN