Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, Razzi Razak bersempena genap sembilan tahun usia perkahwinan mereka.
Jelas Norren, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan sentiasa ada bersamanya dikala susah atau senang.
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-9 baba Razzi Razzak. Saya sayang awak sangat-sangat.
“Terima kasih kerana menyayangi, menjaga dan sentiasa ada buat saya. Bini gila tapi suami cool. Sayang awak sangat Razzi,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Cina Buta itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Bagaimanapun, perkongsian Norreen itu menerima kecaman hebat netizen gara-gara pakaiannya yang dikatakan agak seksi.
Ads
Norren atau nama sebenarnya Norren Iman Abdullah menggayakan baju yang menunjukkan bahagian perut dan hanya menutupi bahagian dada.
Lantaran itu, rata-rata netizen menyifatkan penampilan Norren kini seakan sudah berubah lebih-lebih lagi selepas berjaya menurunkan berat badan dan tampil kurus.
“Nak tunjuk kurus punya fasal, sampai pakai baju macam tiada otak sahaja.
“Ye tahu dah kurus tapi tak payah kot pakai macam ni nak membuktikan awak sudah kurus.
Ads
“Sampai macam ni berpakaian. Nak tunjuk dia dah kurus kot,” antara komen-komen netizen.
Pada masa sama, ada juga segelintir netizen yang turut mendoakan yang baik buat Norreen.
“Nak tegur tak salah. Memang tanggungjawab kita tapi ada caranya. Nak tegur, dm atau pm. Bukan komen agar nampak yang korang menegur ya. Tegurlah secara bijak.
“Cukup sekadar mendoakan yang terbaik. Jika tak mampu berkata yang baik-baik, lebih baik diam daripada lisan awak melukai hati dan perasaan orang lain.
Ads
“Tak mengapa Kak Norreen. Perlahan-lahan kita menutup semuanya. InsyaAllah.
“Happy anniversary Norreen. Moga yang baik-baik sahaja buat awak dan keluarga. Moga Allah merahmati awak dan keluarga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, nama Norreen mula dikenali sebagai pempengaruh kemudian melebarkan sayapnya ke dunia lakonan.
Selain Cina Buta, Norreen turut membintangi beberapa drama lain seperti Gadis Exxtra, Gila Viral dan Bisik-Bisik Gelora.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Norreen Iman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tuah tidak menyebelahi penyanyi kelahiran Singapura, Farhan Shah selepas namanya diumumkan sebagai peserta keempat yang tersingkir daripada Big Stage 5, malam tadi.
Di dalam saingan minggu keenam itu, Farhan menyampaikan lagu Fighter yang dipopularkan Christina Aguilera tersingkir selepas pihak juri, Ajai dan Aina Abdul menggunakan Imuniti-X sekaligus menyelamatkan Dem Lepak Boyz.
Turut berada di tiga kedudukan tercorot ialah Firdaus Rahmat.
Dikongsikan senarai kedudukan peserta berdasarkan markah yang diberikan oleh juri profesional;
1. Waode – 95.67%
2. Putera Muhammad – 85%
3. Nadeera Zaini – 93.33%
4. Hoondoo – 87.67%
5. Puteri Khareeza – 82.67%
6. Coex – 82.33%
7. Aufahanie – 71.67%
8. Dem Lepak Boysz – 70.67%
9. Farhan Shah – 64%
10. Firdaus Rahmat – 61.33%
Bertemakan Wow-Wa Whats Next, 10 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan minggu ini, Datuk Sri Rossa.
Sementara itu, Putera Muhammad memenangi Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional minggu ini.
Penyanyi itu membawa pulang wang tunai RM3,000 selain turut mengungguli Anugerah Paling Pa-Wa bernilai RM1,000.
‘Big Stage’ sebelum ini telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
Big Stage 5 berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang popular era 90-an, Noralbaniah menjelaskan dirinya tidak bekerja sebagai tukang cuci (cleaner) sekaligus menepis dakwaan segelintir pihak.
Menurut Noralbaniah, dia masih lagi berlakon sehingga kini seperti biasa, cuma jarang berkongsi mengenai aktiviti seninya itu di media sosial.
“Saya mahu jelaskan saya bukan ‘cleaner’, saya berdiam diri sebab memang itu perangai saya. Saya pernah tulis sekitar empat atau lima tahun lalu, saya makan di restoran mewah pun saya tak cakap, makan bawah jambatan pun tak beritahu.
“Ya saya pernah hidup susah dulu. Mungkin disebabkan saya hanya muat naik apa yang penting saja di media sosial. Saya orang lama, bukan macam budak zaman sekarang.
“Sebenarnya saya orang lama yang tidak aktif di media sosial. Saya tidak banyak memuat naik perkembangan saya di media sosial, meskipun saya sedang menjalani penggambaran,” katanya.
Dia bagaimanapun menghormati setiap profesion mana-mana individu dalam mencari rezeki.
Noralbaniah berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem Vik2ria Secret, baru-baru ini.
Malah pada masa sama akui, disebabkan jarang memuat naik perkembangannya itu, ramai yang menyangka Noralbaniah tidak lagi berlakon, sedangkan dia masih lagi menjayakan drama-drama tempatan.
“Baru-baru ini saya menjayakan drama Surat Cinta Untuk Jannah siaran TV Alhijrah. Tapi saya akui sebelum ini ada juga media yang menelefon saya bertanya mengenai isu ‘cleaner’.
“Saya belum lagi buat video menjelaskan perkara sebenar, tunggulah saya menjelaskan nanti bahawa saya bukan cleaner menerusi sebuah video.
“Sebenarnya orang salah anggap gambar saya berikutan iklan di lapangan terbang yang mana bertujuan memberi kesedaran menjaga kebersihan tandas.
“Tapi ada yang salah anggap, ada yang telefon saya nak berikan tawaran lakonan, tapi ragu saya boleh bekerja atau tidak.
“Bulan lalu pun ada saudara pun tegur benda sama, katanya kasihan pada saya. Ini semua adalah salah faham,” katanya sekaligus menjelaskan situasi sebenar.
Sekadar informasi, Albaniah memulakan kerjaya lakonan pada 1989 pada usia 19 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas empat tahun berdepan kemelut rumah tangga, akhirnya pengarah sensasi, Syamsul Yusof melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana tepat jam 12.25 tengah hari ini di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Hakim Syarie Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.
Terdahulu sebelum melafazkan cerai itu, Puteri Sarah dan Syamsul dilihat bersalaman dan masing-masing kelihatan tenang.
Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah di sini dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.
Ini kerana Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang telah dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.
Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais.
Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.
Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.
Kemudian pada 18 April lalu, pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada hari tarikh tersebut.
Bagaimanapun saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian antara Puteri Sarah dan Syamsul.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...