“Nak Tahu Tekan Link,” – Wawa & Aeril Buat Challenge Baru, Pasti Ada Netizen Nak Tiru!

Share

Kreatif sungguh pasangan selebriti popular ini. Jenuh MH nak kena tekan link Instagram banyak kali untuk lihat romantisnya Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.

Sekeping gambar Wawa memegang bunga yang diberi tangan seseorang.

Tulisnya, jika nak tahu siapa empunya tangan boleh tekan link.

Walaupun sudah maklum tangan itu empunya sang suami, Aeril Zafrel, namun netizen tetap tekan link untuk melihat reaksi pada wajah lelaki itu.

Lebih melucukan, Aeril meninggalkan komen tidak berpuas hati dengan kualiti gambar yang diambil isterinya.

“apahal gambar aku ambik terang, gambar dia ambik gelap???”.

Terhibur dengan aksi bersemut pasangan itu, netizen mula mencabar pasangan masing-masing untuk melakukan challenge wawa&aeril.

Wah, sudah ada challenge baru nampaknya. Nanti pasti ada yang akan cuba! Sebelum ini, Kylie Jenner terlebih dahulu memulakan gaya posting begini.

Foto : Instagram Wawa Zainal & Aeril Zafrel

IKLAN