Awal tahun lalu, negara dikejutkan dengan insiden peminat bersesak-sesak hingga membuatkan program harus dihentikan buat sementara waktu.

Lebih mengejutkan apabila perkara tersebut trending di media sosial serta membuatkan nama Malaysia menjadi sebutan luar.

Bagaimanapun, MH yang turut berada di tempat kejadian difahamkan bahawa ‘rakyat Malaysia’ bukanlah penyebab insiden tersebut berlaku.

Nak Tahu Kenapa ‘Fans’ Naik Gila Kerana Kumpulan Wanna One? Ini Sebabnya!

Apa-apapun, susulan kejadian tersebut membuatkan orang ramai yang tidak mengenali grup tersebut tertanya-tanya apa istimewanya kumpulan tersebut hinggakan ‘fans’ boleh naik gila kerananya.

Disini MH sertakan sebab mengapa…

IKLAN

1. 11 ahlinya adalah pemenang nombor 1 hingga 11 Produce 101 musim kedua dan mempunyai kontrak selama setahun sebelum dibubarkan (setakat ini tarikh promosi mereka dilanjutkan hingga hujung tahun ini)

2.Terdiri daripada Kang Daniel, Lai Kuan-lin, Lee Dae-hwi, Park Jihoon, Kim Jae-hwan, Ong Seong-wu, Hwang Min-hyun, Ha Sung-woon, Yoon Ji-sung, Bae Jin-young dan Park Woo-jin.

3.Kesemua ahli grup tersebut berasal daripada syarikat yang berbeza. Tamat sahaja promosi Wanna One, mereka kan kembali menjadi ‘trainee’ di syarikat masing-masing sebelum debut.

Nak Tahu Kenapa ‘Fans’ Naik Gila Kerana Kumpulan Wanna One? Ini Sebabnya!

IKLAN

4.Ahli tertua adalah Ji-sung, dia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Produce 101 adalah usaha terakhirnya memandangkan umurnya sudah ‘terlalu tua’ untuk debut.

5.Produce 101 ini juga menyaksikan ahli grup Nu’est menjadi peserta namun hanya Hwang Min-hyun yang terpilih dalam Wanna One.

6.Lee Dae-hwi pernah menjadi ‘trainee’ di JYP dan turut berlatih bersama beberapa ahli Twice sebelum mereka debut. Dia juga sangat fasih berbahasa Inggeris

Nak Tahu Kenapa ‘Fans’ Naik Gila Kerana Kumpulan Wanna One? Ini Sebabnya!

IKLAN

7.Nama sebenar Kang Daniel adalah Kang Euigeon namun menukarnya kepada Daniel kerana susah untuk disebut.

8.Lai Kuan-lin merupakan satu-satunya ahli dari China dalam kumpulan tersebut.

Nak Tahu Kenapa ‘Fans’ Naik Gila Kerana Kumpulan Wanna One? Ini Sebabnya!

9.Antara lagu popular grup tersebut adalah ‘Pick Me’, ‘Energetic’, ‘Burn It Up’, ‘Wanna Be’, ‘Beautiful’, ‘I Promise You’ dan ‘Boomerang’.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI