Uncategorized

“Nak Suruh Kita Tadah Pakai Air Hujan,” – Respon Netizen Bila Tomok Mengadu Tiada Air

Share

Baru-baru ini, ada beberapa kawasan di Selangor mengalami masalah gangguan bekalan air menyebabkan ramai yang mengeluh.

Antara yang turut sama terasa kesusahannya adalah penyanyi, Tomok apabila dia memuat naik foto berserta kapsyen mengenai perkara itu.

“Dua hari takda air dah ni…amacam,” tulisnya

Susulan itu, kelihatan ramai yang turut sama berkongsi nasib mereka di ruangan komen.

 

Tidak kurang juga yang memuji wajah comel anak Tomok, Andra yang dijadikan foto ‘hiasan’ itu.

Alahai, MH doakan moga-moga kawasan yang terlibat dengan masalah air ini dapat diselesaikan segera. Apa-apapun, comel betul Andra dalam foto yang dikongsi Tomok itu.

Foto/Instagram: Tomok

IKLAN