“Nak Suruh Kak Lofa Doa Untuk Anak Saya,” – Neelofa Usap Perut Elfira Loy, Bakal Bersalin Lagi 2 Bulan

Share

Menerusi salah satu segmen program MeleTOP semalam, pelakon Elfira Loy telah diundang khusus bagi berkongsi mengenai penjagaan wajah selain bercerita mengenai perkembangan terkininya yang sedang sarat hamil tujuh bulan.

Menarik pada dihujung segmen, bintang Kum Kum itu secara seloroh ada meminta Neelofa untuk mendoakan anak sulungnya yang bakal lahir tidak lama lagi.

“Bila kita dapat tengok baby ni?,” tanya Neelofa dan Elfira atau lebih mesra disapa El menjawab dia bakal melahirkan anaknya itu kira-kira dalam tempoh dua bulan akan datang.

“Lagi dua bulan lebih sikit je,” katanya sambil Nabil memuji El yang dikatakan seperti tiada masalah alahan atau muntah-muntah sebagaimana di alami para ibu hamil.

“Semoga selamat sihat,” ucap Lofa sebelum berakhir lalu ia segera disambul El;

“Doalah Kak lofa. Nak suruh Kak Lofa doa untuk anak saya. Nanti panjang sikit doa,” pinta El sambil disambut dengan gurau Nabil.

Dalam perkembangan lain, El bakal muncul menerusi sebuah telemovie Ogos depan di Astro Ceria dan Astro Prima.

Foto: YouTube MeleTOP

IKLAN