“Nak Siap & Mandi Di Bilik Sendiri,” – Usia Baru 5 Tahun, Elly Mazlein Bangga Anak Mula Cuba Berdikari

Share

Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein bangga apabila melihat gelagat anak sulungnya, Putri Sara Sefhia kini kian pandai berdikari meski baru berusia lima tahun.

Elly yang kini popular menerusi lagu Dusta Cinta itu berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi Instagram baru-baru ini.

Membuat hantaran menerusi video, Elly mendedahkan Sefhia kini dalam proses pembelajaran melakukan sesuatu sendiri sendiri tanpa bantuan orang lain, apatah lagi, dia bakal mempunyai adik tidak lama lagi.

“Skrg ni dia sorng .. x lama lg nak jadi kakak da.. da mulalah kakak belajar berdikari urus diri sendiri dan sebginya. Tapi mama tetap x biarkn manja buat sorng² .. mama tetap tngu dan tgk cara manja uruskan diri.. bg tau apa yg patut.

“Ye la kdg² anak² ni jgn ingat bila sekali kite ajar,dia akan ingat .. kite kena sentiasa ingatkn dia supaya pandai uruskan diri dgn betul, dari gosok gigi dan sebginya,” tulisnya.

Pelakon drama Kampung People ini juga mendedahkan dia mahu memastikan hanya yang terbaik buat puteri kesayangannya itu.

“Ya manja pki berus gigi Adult jenis soft .. gigi bersih dan wangi ..sebab kena diseluruh permukaan gigi dan berus tu sendiri lebar.

“Biasalah dpt mak yg over thinking mmg mcm tu la, smua nak kena bersih, smua kena perfect.

“Skrg nak mandi pun nak bilik air dia sndiri.. bersiap pun kat bilik dia. Alhamdulillah da #5yearsold anak manja mama yg sorng ni.

“Project Bilik Manja & baby kita hold dulu spnjng pkpd ni .. smuanya ok nnti, baru kite truskan,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu.

Sebelum ini Elly juga pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 namun bercerai pada tahun 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instagram Elly Mazlein

IKLAN