Penyanyi Noryn Aziz berkongsi antara rutin cantik yang diamalkannya sejak meniti usia 30-an.
Menurut Noryn, petua yang dinamakan sebagai ‘facial ice” ini yang dipraktikkan setiap pagi bagi menyegarkan kulit wajah.
Perkara tersebut dikongsikan bintang yang sinonim menerusi lagu Fantasi Oh Realiti ini menerusi Instagram
“Noryn nak share with you my ‘petua’ that i do every morning without fail. Tapi ni sikit je, kalau nak tahu lebih, nanti i share dekat my YouTube Chanel. Nak tak?,” tulisnya.
Ads
Menerusi video tersebut, Noryn turut merendamkan wajahnya sekitar 10 hingga 15 saat, bergantung kepada ketahanan masing-masing.
Ads
Sehingga kini, video tersebut sudah pun mendapat tontonan lebih 30,000 kali.
Ads
Ikuti juga versi penuhnya di sini;
Foto: Instagram Noryn Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Datuk Aaron Aziz mengakui dirinya berasa agak kesal dengan sikapnya yang gemar memendam perasaan sejak usianya masih kecil semata-mata untuk tidak kelihatan lemah.
Jelas Aaron, dia telah pun membiasakan dirinya untuk sentiasa kelihatan kuat dan tidak menitiskan air mata dalam apa jua keadaan sekali pun.
“Assalamualaikum! I lost my Dad when I was young. I grew up with the mentality of MEN DONT CRY. Men must be strong. Men must not show any emotions.
“Thus, I’ve always had a copious amount of anger and not just loud anger, but quiet anger, as well. Why? Because MEN CANT CRY,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Ombak Rindu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Aaron menegaskan dia tidak mahu sikap negatif itu diteruskan oleh anak-anaknya kerana ia boleh memberikan banyak kesan buruk pada masa akan datang.
Katanya lagi, dia mahu persepsi tersebut diubah dan anak-anaknya bebas untuk meluahkan apa sahaja perasaan yang terpendam kepada dirinya.
“This all changed when I have my own children. I want them to cry to me when they have any problems or when things are tough. My son must be able to express his frustrations, anger and disappointments.
“If only i could give an advice to my 10year old self, if only I could turn back time when I was 10….. ‘Dear 10 year old Aaron Aziz, It is OK FOR BOYS TO CRY. It is Ok for Boys to feel defeated at times,’
“Love, The 45 year old Aaron Aziz. And this shall be my advice to parents who have 10 year old boys too,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa yang sama selain turut menasihati Aaron supaya tidak menyesali dengan kehidupan masa lampaunya.
“It’s okay Abang Aaron. The best teacher in this world is experience and the most valuable one to give to our kids. Hugs!
“You’re strong bang. That’s why you are here. The 45 Aaron Aziz right now.
“You speak my mind fluently. Allah bless all of us InsyaAllah.
“What a powerful advice. And that too, on your platform with influential reach. Thank you Aaron,” antara komen-komen netizen di ruangan komen.
Terdahulu, Aaron dan isterinya, Diyana Halik telah pun mendirikan rumah tangga pada Ogos 2003.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.
Sumber: Instagram Aaron Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Komposer terkenal, Ajai telah menciptakan lagu single terbaru berjudul Semakin Benci Semakin Cinta yang sampaikan secara duet oleh penyanyi Siti Sarah dan suaminya, Shuib.
Ajai atau nama lengkapnya, Mohd Faizal memberitahu, bekas penyampai radio itu memiliki bakat semula jadi sebagai seorang penyanyi.
Gambar
Gambar
Dalam pada itu, Ajai turut menyifatkan Shuib mempunyai tone suara yang tersendiri.
“Kalau Dia Tak Boleh Menyanyi .. Sy Tak Akan. Buat Lagu & Rec Suara Dia.. Tapi Hakikatnya… Si .. @shuibsepahtu Ini.. Memang Boleh Menyanyi & Ada Tone (Nada Tersendiri).
“Bakat Semula Jadi..Steady Orang Johor..” tulisnya memberikan pendapat.
Pada masa yang sama, Ajai mengharapkan lagu single tersebut diterima dan disambut baik peminat.
“Congrats Untuk Kamu Berdua .. Shuib & Siti Sarah @sitisarahraissuddin Semoga Single Ini. Menjadi Siulan Pendengar.. #insyaallah. Kepada Para Pendengar, Semoga Terhibur.. #besafe ‘Semakin Benci Semakin Cinta. #byajai,” tulisnya lagi.
Single Semakin Benci Semakin Cinta diterbitkan oleh Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Wake The Baby Records Sdn Bhd dan diedarkan Indigital Music.
Ia sudah boleh distrim di semua pelantar digital dan lirik video boleh ditonton sejak beberapa hari lalu.
Foto: Instagram Ajai, Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.