Ads

“…Nak Satu Kampung Tahu Pasal Masalah Kau. Bodoh,” – Remy Ishak Buat Laporan Polis Terhadap Siapa?

Menerusi Insta Stories, pelakon Remy Ishak ada memuat naik beberapa siri video menyatakan dirinya telah tampil membuat laporan polis, mendakwa dirinya difitnah seorang lelaki.

Kata Remy, lelaki berkenaan bersikap kurang ajar terhadapnya. Malah pelakon filem Pulang itu turut menyertakan foto salinan laporan polis yang telah dibuat.

“Saya baru balik daripada balai polis tadi. Saya ada buat lapiran polis, ada satu mamat ni dia kurang ajar dengan saya. Saya faham sekarang ni zaman dunia viral, dunia yang sangat cepat. 

 

“Tapi jangan ambil kesempatan dan jangan anaiya kami,” tulisnya.

“…Nak Satu Kampung Tahu Pasal Masalah Kau. Bodoh,” – Remy Ishak Buat Laporan Polis Terhadap Siapa?

Ads

Pada masa sama, aktor sasa ini turut mengakui perkembangan dunia semasa membuatkan ramai mahu jadi glamor, sehingga ada ketika sanggup melakukan hal tak sepatutnya.

Ads

“Saya tahu zaman sekarang ni semua orang nak glamor. Kadang-kadang buat benda tak sepatutnya dengan mengaibkan orang. Buat video terutamanya bila berkenaan dengan selebriti sebab nak glamor.

 

“Lepas tu, ugut-ugut nak viral, nak aibkan, nak fitnah. Come on, where’s your brain? Ada banyak lagu cara lain untuk kau dapat duit. Kau buat benda bangang macam ni semata-mata nak satu kampung tahu pasal masalah kau. Bodoh,” katanya geram.

Remy bagaimanapun tidak mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkan secara terperinci.

Ads

Foto: Insta Stories Remy Ishak.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Terus Terbang Tinggi, Kami Merayakan Kemenanganmu,” – Dedikasi Buat Misha Omar...

Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.
error: Hello. Cannot.