“Nak Propa Pun Cerdik La Sikit. Pekat Sangat Bodoh Itu?!” – Azwan Ali Pertahankan Abang, Azmin Ali

Share

Beberapa hari lalu, satu video ‘intim’ yang kian tersebar di laman media sosial.

Lebih mengejutkan, video tersebut didakwa mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga abang kepada hos sensasi, Azwan Ali.

Rakaman video yang tersebar bersama pengakuan salah seorang individu terlibat sekali gus ramai yang buat spekulasi sendiri.

Lalu, Azwan Ali atau lebih sinonim disapa Diva AA menyatakan rasa kesal menerusi laman media sosial Twitter miliknya.

Malah, Azwan juga tidak puas hati terhadap sesetengah netizen yang mengkaitkan abangnya menerusi video berkenaan, meski ia belum sahih.

“HENGKO INGAT NI ZAMAN PHONE YANG ZETY PAKAI DLM DRAMA SEMBILU KE…?! NAK PROPA PUN CERDIK LA SKIT. PEKAT SANGAT BODOH TU ?! CAMPUR LA AIR SKIT..?!

“BERLAMBAK ORG JUAL CAM MURAH2 ULTRA HD SAMA PADU MCM RTX2080ti..?! TETAP MAIN JUGA PROPA BODOH..?!,”tulisnya.

Lantas, perkongsian Azwan itu mendapat perhatian netizen di laman media sosial tersebut lalu dihujani dengan pelbagai komen.

Malah, ada yang turut bersetuju dengan kata-kata yang dikongsi Azwan.

Foto : Carian Google

IKLAN