“Nak Pertikai Resipi Dia Kenapa?”- Peminat Bengang Ada Yang Kritik Cara Eina Azman Masak

Share

Siapa yang tidak mengenali dengan Datin Paduka Eina Azman yang sangat lincah dan gemar memasak di dapur.

Baru-baru ini, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman ada berkongsi satu rakaman video ketika dia memasak laksa asam pedas di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, pelakon yang berusia 23 tahun itu memasak kuah laksa tanpa merebus ikan terdahulu.

“Alhamdullilah done cooking Assam Laksa,”tulisnya.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang memberi kritikan cara masakan Eina.

Dalam pada itu, peminat telah meluahkan rasa marah kepada netizen yang memberikan komen sedemikian.

Alahai netizen pun, mungkin itu adalah cara masakan Eina. Kalau rasa tak sesuai tak perlu lah ikut, betul tak?

Video : Instagram Eina Azman

IKLAN