Uncategorized

‘Nak Makan Pun Takut, Ikan RM500 Ni’ Aliff Syukri Kongsi Masak Ikan Mahal!

Share

Amboi terkejut MH bila terbaca kapsyen Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram.

Bukan sahaja miliki barang-barangan jenama mewah, malah ikan yang Aliff makan juga boleh tahan harganya!

Aliff berkongsi di Instagram memberitahu dirinya ingin memasak ikan masak sambal hijau, tetapi apa yang menakutkannya, ikan yang akan dimakan ini bernilai RM500!

Perghhhhhh bukan main lagi!

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai respond netizen dan ada yang percaya harga ikan tersebut mencecah ratusan ringgit.

Namu tidak kurang juga yang kurang bersetuju dengan perkongsian Aliff dan meminta Aliff untuk jangan terlalu megah dengan harga ikan yang di beli.

MH sendiri teruja dan ingin tahu apakah jenis ikan ini sehinggakan harganya mencecah RM500? Apapun bertuah sungguh Aliff dapat rasa ikan mewah seperti ini.

 

IKLAN