“Nak Lepak, Pergi Ambil Booster,”- Masih Ada Tak Percaya Jumlah Kes Covid-19, Elfira Loy Segera Booster

Share

Sejak beberapa hari lalu, peningkatan jumlah bilangan kes Covid-19 ditambah pula isu menolak pengambilan dos penggalak nyata mengundang kerisauan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Antara yang turut meluahkan perasaan bimbang terhadap situasi semasa ini termasuklah pelakon popular, Elfira Loy.

Menurut Elfira, dia berasa agak hairan dengan sikap segelintir pihak yang dilihat masih berdegil dan enggan mempercayai jumlah peningkatan semula kes harian baharu Covid-19 ketika ini.

“Saya tak faham kenapa masih ada orang yang tak percaya jumlah bilangan kes Covid-19. Setiap hari, orang di sekeliling saya ada je yang kena Covid-19.

“Hampir setiap hari saya nampak orang baru yang terkena Covid-19 atau menjadi kontak rapat,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories.

Malah, Elfira juga turut meluahkan rasa runsing apabila pembantu peribadinya juga harus menjalani tempoh kuarantin buat sementara waktu.

Lantaran itu, bintang berusia 28 tahun ini menyeru kepada semua pihak untuk segera mendapatkan suntikan vaksin dos penggalak sekiranya ini melakukan rutin harian seperti biasa.

“Seperti pembantu peribadi saya. Dah kena kuarantin. Sekarang saya tiada PA dan saya sangat sibuk minggu ni.

“Tak mahu ambil booster tak mengapa tapi jangan keluar lepak dekat tempat sesak. Nak sangat lepak, pergi ambil booster.

“Nervouslah. Sekejap je boleh kena Covid-19,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, adik kepada Elfira yang juga nerupakan pelakon, Ezzrin Loy turut telah disahkan dijangkiti Covid-19 pada Isnin.

Semalam, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan peningkatan sehingga melepasi angka 13,000 dengan 13,944 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,939,198 kes.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Elfira Loy

IKLAN