“Nak Ke Abby Adabi” – Sibuk Membawang Pasal Jodoh, Sampai Tersasul Nama Orang, Kelakarlah Datuk Vida Ni!

Share

Amboi, ingatkan gurauan menjodohkan Cik B dengan Danish Hakim, anak kepada pelakon Norman Hakim sekadar terhenti di situ,rupa-rupanya Datuk Seri Vida mula ‘membawang’ dengan rakan-rakannya dan bercerita lanjut akan masa depan kedua-duanya.

“Betul ke nak jodohkan Cik B dengan anak Norman Hakim?” tanya sahabatnya menerusi klip video yang dimuatnaik di Instagram Vida.

Membandingkan Cik B dengan Danish yang dilihat mempunyai keperibadian yang baik dan hafaz Al-Quran, kata Vida sebagai seorang ibu, dia mengimpikan menantu begitu.

“Rasanya patut ke? Rasanya inilah niat seorang ibu, nak menantu begitu.

“Takut anak Norman Hakim kena buli dengan Cik B, marah Norman Hakim. Norman Hakim nak ke tak menantu macam ni?” katanya sambil ketawa.

Apa yang melucukan, Vida tersasul menyebut nama Abby Abadi.

“Nanti Abby Adabi, eh Abby Abadi bash kita,” tambahnya lagi

Terhibur dengan aktiviti ‘membawang’ Vida, ditambah gelak tawanya yang menghiburkan, netizen mendoakan agar Cik B mendapat jodoh yang baik.

Namun ada juga yang mengusik mahu menjadikan Vida sebagai suri hidup jika tiada jodoh dengan Cik B.

Foto – Instagram Datuk Seri Vida

IKLAN