Kasihan juga MH dengar cerita Elly Mazlein ni, hidupnya tak pernah lari daripada kontroversi. Mungkin inilah harga yang perlu dibayar kerana menjadi anak seni.

Baru-baru ini, nama Elly kembali menjadi perbualan netizen yang mempersoalkan dia ada membuat ‘sesuatu’ kepada buah dadanya memandangkan saiznya sudah membesar.

Walaupun aktres tersebut menafikan perkara tersebut, netizen berterusan menuduhnya yang bukan-bukan, malah penjelasannya mengenai perkara tersebut juga turut ditolak oleh netizen.

‘Nak Kata Simbol Seks Ke, Kecam Ke, Lantaklah’ – Elly Mazlein Tak Peduli Apa Orang Kata

IKLAN

Dalam pada itu, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi mendakwa dia sudah tidak peduli mengenai kata-kata netizen terhadapnya malah sekiranya dilabel simbol seks juga, dirinya tidak kisah.

“Nak kata simbol seks ke, kecam ke… lantaklah. Saya tidak boleh tutup mulut orang tentang apa yang mereka ingin katakan tentang saya.

“Saya pun bukanlah seorang yang cepat sensitif dengan perkara-perkara negatif dan apa yang betul kita ambil untuk kebaikan, selebihnya biarlah ia dibawa angin lalu,” katanya kepada Mstar Online.

‘Nak Kata Simbol Seks Ke, Kecam Ke, Lantaklah’ – Elly Mazlein Tak Peduli Apa Orang Kata

IKLAN

Tambahnya lagi, dia sudah kalis dan kebal dengan kata-kata makcik bawang memandangkan sudah lama berada dalam industri hiburan tanah air, dia juga pernah berhadapan dengan dugaan yang lebih teruk daripada ini.

IKLAN

“Pengalaman banyak mengajar saya. Mungkin dulu akan cepat ‘sentap’ kalau ada orang mengata tetapi lama kelamaan perkara itu saya sudah lali.

“Status saya sebagai ibu juga membuatkan saya tak peduli lagi apa orang kata kerana ada banyak perkara lain yang perlu saya beri perhatian,” katanya.

Bagaimanapun kata Elly, dia hanya akan memberi reaksi sekiranya ada pihak cuba menyentuh tentang keluarga dan anak perempuannya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun,” katanya lagi.

Sabarlah Elly, mulut orang ni kita memang tak boleh nak tutup. Yang penting adalah ‘be true to yourself’.

sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI