Categories: Hiburan

Nak Kata Kambing Bukan Ayam Lagi La Bukan, Apa Tu?

Share

Seperti bulan-bulan Ramadan yang lalu, setiap kali tibanya bulan mulia ini pastinya bazar-bazar Ramadan akan menjadi tempat yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama untuk membeli juadah berbuka puasa dan makan-makan.

Terdapat pelbagai juadah yang dijual oleh peniaga-peniaga dan ada juga juadah yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan hanya dijual pada bulan puasa sahaja.

Baru-baru ini tular di media sosial tentang foto juadah berbuka yang dijual di sebuah bazar di Terengganu.

Memang nampak pelik juadah ini, nak kata kambing bukan, ayam pun bukan sampai ada yang mengatakan haiwan tersebut kelihatan seperti kucing.

Sebenarnya ia adalah gambar arnab bakar yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman facebook di akaun miliknya.

“makanan exotic pun ada kg ambo dih.. ore kato sedap ..try beli sekor.. wak mapuh doh.. di bazar ramadhan kg guntong.. gerai Mohd Ebbie Shafiran,” tulis status gambar tersebut.

Di ruangan komen juga pemilik akaun facebook ini menyatakan harga bagi seekor arnab bakar ialah RM25.

Sumber: Facebook Long Kuning

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

IKLAN