“Nak Kahwin Tahun Ni Ke Tahun Depan? Korang Rasa??” – Zizan Tanya Masa Depan, Jawapan Netizen Memang Win!

Share

Meminta pendapat netizen berhubung perancangan masa hadapan, Zizan Razak menerusi laman Instagram bertanya sama ada dia patut menamatkan zaman bujang tahun ini atau tahun hadapan.

“Nak kahwin tahun ni ke tahun depan? Korang rasa??” dengan tandapagar zizanrazak #projectkahwin #love #marriage #future

Teruja dengan pertanyaan ‘rare’ pelakon Polis Evo ini, rakan artis turut memberi reaksi antaranya Fakhrul Unic mengatakan “tahun ni, tahun depan skali lg zang.”

Netizen terus mengaitkan Mira Filzah dan meminta pelawak ini cepat-cepat masuk meminang.

Foto – Instagram Zizan Razak

IKLAN