“Nak Jana Pendapatan Dengan Menipu,” – Guna Nama Nad Zainal Untuk Cipta Akaun Palsu Di IG? Scammer Ini Siap Minta Duit Sebab…

Share

Pelakon, Nad Zainal mengakui berasa amat kesal selepas mengetahui ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencipta akaun palsu di Instagram dengan menggunakan namanya.

Akaun tersebut dilaporkan telah menggunakan nama ‘nad.zainal-giveaway’ untuk memperdayakan orang ramai dengan menawarkan hadiah telefon pintar secara percuma hasil pemberian Nad Zainal sendiri.

Jelas pelakon drama, Hati Yang Tersakiti itu lagi, pengendali akaun tersebut turut meminta wang tunai sebanyak RM300 sekiranya mahu akaun tersebut ditutup.

 “Hello semua! Tolong report profile ini. Dia menipu dan DM ramai orang. Siap minta RM300 dari Nad, baru dia akan padam akaun ni katanya.

“Ternyata ini scammer yang terkesan akibat Covid-19. Nak jana pendapatan dengan menipu. Sebelum dia tambah dosa di musim pendemik dan menganiaya orang lain, jom report,” tulisnya.

Lantaran itu, Nad Zainal turut menyeru kepada orang ramai untuk melaporkan akaun tersebut supaya aktiviti tidak bermoral itu dapat dihentikan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut mengkritik tindakan individu terbabit selain turut sama melaporkan akaun tersebut agar perbuatannya dapat disekat.

Terdahulu, Nad Zainal dikhabarkan bakal muncul menerusi drama terbaru berjudul Takdir Yang Tertulis yang akan ditayangkan di slot Samarinda, TV3 tidak lama lagi.

Selain Nad Zainal, antara nama besar lain yang turut sama membintangi drama ini adalah Nazim Othman, Elvin Chong, Elvina Mohamad dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Nad Zainal

IKLAN