“Nak Jadi Jahat, Sekelip Mata. Nak Jadi Baik, Bertalu-Talu Ujian Melanda,”- Khiriah Sentiasa Percaya Allah

Share

Bintang drama Nur, Noorkhiriah atau sinonim dengan panggilan Khiriah ada memberi nasihat dan pesanan bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.

Pelakon berusia 40 tahun itu telah berkongsi kata petikan nasihat oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

“Nak jadi jahat, sekelip mata. Nak jadi baik, bertalu-talu ujian melanda. Sabarlah, Allah kan ada,

“Dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan.

“Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat,” petikan kata yang dikongsi Khiriah.

Titipnya lagi, dia mengharapkan para pengikutnya untuk terus cekal dan istiqomah dalam melakukan perkara yang kearah kebaikan.

Lalu, peminat juga bersetuju dengan kata-kata pesanan yang dikongsi oleh Khiriah.

Untuk rekod, Khiriah membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada tahun 2011.

Foto : Instagram Khiriah

IKLAN