
Penyanyi, Nubhan memaklumkan dirinya akan sentiasa menyokong apa sahaja bidang yang ingin diceburi oleh bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, termasuk jika wanita itu berhasrat untuk menceburi bidang seni.
Menurut Nubhan, sewaktu mereka masih bergelar suami isteri, dia juga tidak pernah menghalang Afifah untuk mengejar apa yang diimpikannya.

“Saya sentiasa menyokong apa sahaja bidang yang ingin diceburinya. Malah, ketika dia bergelar seorang doktor, saya sediakan sebuah klinik buat dia.
“Saya sokong apa yang ingin dia buat sama ada ingin menjadi artis, doktor atau apa-apa sahaja,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Ada Untukmu itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Hello Putrajaya yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.
Kehidupan Selepas Cerai & Fokus Baharu
Mengulas lanjut mengenai kehidupan selepas bercerai, Nubhan memaklumkan dirinya kini hanya mahu kekal positif dan terus pandang ke hadapan.

“Kehidupan selepas perceraian, semuanya berjalan dengan lancar. Saya pun fokus dengan kerjaya, perniagaan, keluarga dan anak-anak.
“Saya hanya pandang ke hadapan dan buat yang terbaik untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang berharap kepada saya.
“Saya rasa perbezaannya tidaklah terlalu banyak. Saya akan teruskan dengan tugas-tugas biasa saya. Kini, saya sibuk dengan GV12.
“Melihat pada kerjaya seni saya, meskipun masih terlalu awal nak meramal, saya pasti akan buat yang terbaik,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Nubhan juga enggan terlalu memberikan perhatian terhadap tohmahan dan komen-komen negatif segelintir pihak berikutan kemelut rumah tangganya, sebelum ini.

“Tugas saya adalah untuk membuat persembahan, menghiburkan dan menjalankan tanggungjawab sebagai peserta GV12 sahaja.
“Apa sahaja penilaian orang, sama ada mereka nak membentuk kumpulan yang suka atau tidak dengan saya, itu adalah hak mereka. Saya tak dapat nak menghalang.
“Semoga yang membenci itu kembali mencintai. Hidup ini kena sayang menyayang,” katanya lagi.
Malah, Nubhan menjelaskan dia dan bekas isteri cuba yang terbaik untuk sama-sama membesarkan anak-anak mereka meskipun selepas bercerai.

“Demi anak-anak, kita akan kekalkan hubungan yang baik InshaAllah. Selebihnya, biarlah saya dan bekas isteri yang menguruskan perkara ini.
“Tak perlulah saya bercerita secara terperinci kerana setiap orang punyai jalan hidup dan pandangan yang berbeza,” akhirinya.
Pada 2 Disember lalu, Nubhan dan Dr. Afifah yang juga seorang doktor gigi sah bercerai talak kedua selepas 10 tahun berumah tangga. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Kehidupan Selepas Cerai & Fokus Baharu


