“Nak Cuba Pakai Tudung Lah Untuk Bulan Ramadan Tahun Ni,” – Mawar Rashid

Share

Menerusi entri terkini milik pelakon Mawar Rashid ada memaklumkan ingin cuba mengenakan tudung sepanjang bulan ramadan tahun ini.

Jelasnya, ini ialah percubaan yang pertama kali.

“Morning all. Rasa macam nak cuba pakai tudung lah untuk bulan Ramadhan tahun ni.. first time nk mencoba ni.

Di samping itu, Mawar turut menitipan ucapan salam ramadan yang bakal disambut esok.

“Besok pun dah nak masuk bulan Ramadhan.. dah nak puasa dah kiteee selamat menunaikan ibadah puasa semua!

“Kat rumah ni kekurangan tudung, boleh tak korang tag kedai tudung yang lawa2 and kedai baju yang stylo2 untuk hijabista gituww.

“Support sikittt! Comment “You can do it Mekwa!” @mawarosehq @makeupbymawarashid #Ramadhan2020 #MekwaHR2020 #mawarosecosmetic #mawarrashid #mawariansofficial,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kejelitaan ibu kepada seorang cahaya mata itu bertudung.

Foto: Instagram Mawar Rashid

IKLAN