“Nak Cari Benda Lain, Yang Jumpa Gambar Dia,” – Naluri Ibu, Azian Mazwan Sapuwan Teringat Arwah Anak Bila Terlihat Foto

Share

Tidak dinafikan, bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui bagi insan bergelar ibu yang pernah kehilangan anak untuk selamanya.

Baru-baru ini, penyanyi senior Azian Mazwan Sapuwan ada berkongsi cerita bersama peminat selepas terjumpa foto wajah arwah anak lelakinya, Mohd Aqil Zulkarnain di dalam dompetnya.

Mengakui masih berasa sedih, penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Embunan Pagi ini memaklumkan sentiasa berasa rindu terhadap arwah anaknya.

“Nak cari benda lain..yg jumpa gambar dia.. automatik hati ni berkata..”A…….baliklaa….”

“Kdg² rasa dia pergi, yang akan balik..Bnyk hari dahni, hati ni rasa lain sikitlah..rasa hati seorang ibu..

“Al-Fatihah Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain…rinduu,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan penyanyi menitipkan kata semangat kepada Azian untuk terus cekal serta tabah dengan ujian ini.

Sekadar informasi, Allahyarham Mohd Aqil Zulkarnain telah meninggal dunia pada 16 Disember 2019 selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya.

Foto: Instagram Azian Mazwan Sapuwan

IKLAN