Tidak dinafikan, bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui bagi insan bergelar ibu yang pernah kehilangan anak untuk selamanya.
Baru-baru ini, penyanyi senior Azian Mazwan Sapuwan ada berkongsi cerita bersama peminat selepas terjumpa foto wajah arwah anak lelakinya, Mohd Aqil Zulkarnain di dalam dompetnya.
Mengakui masih berasa sedih, penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Embunan Pagi ini memaklumkan sentiasa berasa rindu terhadap arwah anaknya.
“Nak cari benda lain..yg jumpa gambar dia.. automatik hati ni berkata..”A…….baliklaa….”
Ads
“Kdg² rasa dia pergi, yang akan balik..Bnyk hari dahni, hati ni rasa lain sikitlah..rasa hati seorang ibu..
“Al-Fatihah Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain…rinduu,” tulisnya.
Pelakon, Enot memaklumkan akaun rasmi media sosial Instagram milik rakan pelakon, Didie Alias telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.
Menerusi perkongsian di Instagram, Enot menasihati agar orang ramai tidak menerima ‘direct message’ daripada akaun tersebut untuk mengelakkan daripada turut menjadi mangsa.
“Assallamualaikum korg klu dpt Dm dr mami didie pnya ig ladydidiemsia tlg jgn tekan dm tu,takut korg pun kena hack.. so tlg sebarkan msj ni..
“now time sume org pulun nak cr duit raya tb2 jd mcm ni mmg sedih weii mami smpai x tido tu.. YaAllah ko kuatkan mami ku ya Allah ko permudahkan kan lah urusan dia..
“korg jgn lupa mami pnya event 30 april hingga 2 mei ni di pwtc pkl 10 pg -12 mlm jom support karnival raya bersama che salmah..,” tulisnya.
Menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran, empat artis baharu naungan Indigital Music hadir dengan buah tangan terbaru khusus untuk semua pendengar.
Jika diamati bait lirik Sedar Ku bukan sahaja memberikan nasihat tetapi dalam masa yang sama mendekatkan diri dengan Tuhan seperti mana yang dituntut oleh-Nya.
Bagi Syahmi Irfan, Syafiq Naser, Aliff Iskandar dan Killa Driz, mesej yang dititipkan melalui lagu tersebut bukan sahaja membawa mereka terkenangkan kembali perjalanan hidup yang telah dilalui tetapi juga membuatkan sesiapa sahaja mahu menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa.
“Memang benar, perjalanan hidup kita berbeza dan apa yang dilalui juga tidak sama antara satu sama lain. Apabila membaca dan ‘menghadam’ sendiri kisah yang ditulis melalui lagu ini, membuatkan saya terfikir banyak perkara.
“Apa yang telah kita buat selama ini? Adakah cukup amalan dan kebaikan kita? Semua ini bermain di fikiran dan membuatkan saya perlu melakukan sesuatu sebelum terlambat,” kata Syafiq yang popular dengan lagu Lenggang.
Baginya juga, lirik yang ditulis oleh Iman Imran dan Killa Driz itu begitu menusuk hatinya dan pendapat itu turut dipersetujui oleh Syahmi Irfan yang menganggap Sedar Ku sebagai sebuah karya yang membawa sesiapa sahaja berfikir sejenak dengan perjalanan hidup sendiri.
Ditambah dengan kehadiran bulan Ramadan yang baru sahaja menjelma, lagu itu bagaikan memberikan kesedaran tetapi dalam masa yang sama ‘menyucikan’ jiwa untuk terus mendekatkan diri dengan Tuhan.
“Kita mungkin terlalu sibuk mengejar banyak perkara tetapi dalam masa yang sama terlupa dengan kekurangan dan kekhilafan yang dilakukan. Jadi dengan adanya ‘ingatan’ melalui lirik sebegini, ia dapat memberikan kesedaran kepada semua.
“Saya gembira dapat bersama-sama rakan yang lain menyanyikan lagu ini. Ini memang satu penghormatan besar untuk penyanyi baru seperti kami,” kata Syahmi yang pernah merakamkan lagu Mungkir bersama Aufahanie sebelum ini.
Sementara itu, Sedar Ku mengisahkan tentang nafsu, amarah dan noda yang biasanya bersembunyi di sebalik perkataan cinta. Segala-galanya ditolak ke tepi saat cinta menguasai hidup padahal kita perlu meletakkan cinta kepada Yang Maha Esa di hadapan berbading dengan perkara lain.
Lagu yang berentak balada diciptakan oleh Natasyah, Mazlan Setapa dan Hafiz Dot dilancarkan secara rasmi pada 9 April lalu di semua platform digital dan boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music.
Hakikat itu turut diakui oleh Aliff Iskandar yang popular dengan lagu Perit. Jelasnya, kehadiran bulan yang penuh dengan rahmat ini bukan sahaja perlu disyukuri oleh semua umat Islam tetapi dalam masa yang sama meninggalkan perkara yang kurang baik.
“Kita perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain memandangkan hidup ini terlalu singkat untuk terus berbuat dosa. Ingatan itu bukan sahaja melalui nasihat atau ceramah semata-mata sebaliknya boleh melalui apa sahaja medium termasuk lagu dan sebagainya.
“Sedarku banyak menitipkan nasihat dan ingatan. Ini sedikit sebanyak membuakan sesiapa sahaja terfikir dengan mesej yang disampaikan. Saya berharap semua yang mendengar dapat mengambil sesuatu daripada lirik yang hendak disampaikan,” kata penyanyi yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini lagi.
Manakala bagi Killa Driz pula, dia beruntung kerana dapat berganding bahu bersama dengan Iman Imran menghasilkan lirik untuk rap untuk lagu ini. Segalanya dicerna dengan mudah memandangkan asas utama lirik ini sudah dibuat terlebih dahulu oleh penulis berpengalam itu.
“Semua orang melakukan dosa dan semua orang juga akan menyesal dengan apa yang telah terjadi. Jadi berdasarkan pengalaman yang dilalui, saya tulis lirik dalam lagu ini.
“Harapnya semua orang dapat menerima mesej yang sama mahu berikan,” kata Killa Driz yang baru sahaja melancarkan lagu Siapa Tahu dan Kene Sidai.
Menariknya juga, Sedar Ku turut terpilih sebagai runut bunyi drama Bila Syaitan Berbisik yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula 12 April lalu pukul 11 malam di Astro Ria.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...